Thursday, June 7, 2012

Kedah oi !

"Mu toksah dok wat tebeng lae! Nak caghi mati kot? Tak puah g kae yang dok meng meng menatang tu?"

Abu mak! Marah ngoh Tok Kai kot Angah. Angah dok supa ayam kena ketik ngang ulo yae. Kelepiaq sana, kelepiaq sini. Badan supo orang tak sihat yae. Nak wat gena g dah. Habih kena takak ngan Tok Kai dia dok meng merecun. Baley g. Orang dok haba gi ke dia lama dah. Toksah dok meng merecun, dia dok kalut meng merecun gak. 

"Berasa ngang duit tu banyak gi dah kae? Tok mu kaya dah kae yang dok perabih duit beli natang ni? Pa haba ke aku ratik! Kaya dah kae?" Kho dok tinggi sora Tok Kai.

Laju yae Angah geleng pala. Mata dok tala ke tanah daghi tadi. Baley gi!

#Harap maklong. Ini cerpen dalam bahasa Kedah yang pekat atau hulu atau kwsn pedalaman..

Wafle bertemu Apam !

"Ok!"

"Apa ok?"

"Entah!"

"Ish gilo apa minah ni?" Slurppp! Straw disedut.

"Agak ah. Eh cepat lah! Nanti lambat pulak" Beg dikemas. Haiya! Dah macam tongkang pecah ku lihat begnya itu. Bermacam-macam benda disumbat. Doraemon mini ni. Asyik usung pi mai p mai beg hello kitty tuh. Agaknya kalau beg tu boleh bersuara, mesti dia cakap begini, "Udah udah ler tu minah usung aku pi mai p mai. Tukaq la pulok! Aku dah tua oi..."

Dah naik kelabu beg tu. Agaknya kalau rendam dengan klorok, mau naik kelabu taik anjing gamaknya air tuh. "Lek lu wehh. Aku belum habiskan waffle ni." Satu cubitan hingap di bibir mungil waffle berperisa coklat campur kacang itu. Kemudian, perlahan-lahan di bawa masuk ke mulut dia.  Hurm! Sedap beb! Terasa nikmatnya.

"Tak habis-habis dengan waffle dia tuh. Cepar larh Ana. Nanti lambat pulak masuk kelas Cik Rai tuh. Membebel lak dia nanti. Kalau pun dia baik dengan kita, jangan nak pijak kepala dia pulak. Susah tau nak cari lecturer yang baik macam tu." Ah, sudah! Nenek bongkok dah mula membebel. Gaya baru lepas dapat lesen nak bercakap. Pong pang pong pang! Peluru pun tau nak berhenti weh.

"Hish kau ni Ira. Boleh tak senyap sat? Amboi! Kemain dia. Bagi aku berhenti kunyah dulu kalau ya pun nak membebel. Ha! Jomlah. Rosak mood aku nak makan." Segera tangan Ana melingas-lingas beg hendak dikemas. Berkerut-kerut dahi menahan geram. Ira buat dunno saja. Tahu sangat dengan perangai Ana yang tu. Dia bukan boleh dilayan sangat. Bukan apa, kejap lagi tu oklah tu. Bukan marah betul-betul pun. Cari haru bolehlah kalau nak marah betoi betoi. Ira merajuk nanti, baru dia tak senang duduk. BFF lah katakan!

Saturday, May 28, 2011

Jiran sebelah!

"Grang gunggang gunggang gunggang...!!"

"Hoii...!! Bunyi apa tuh??!!!" terjerit seorang wanita tua dari arah dapur.

"Kasut, mak...!!" jerit seorang jejaka dari mesin basuh. Digaru-garu kepalanya yang tidak berkelemumur.

"Banyaklah kau. Apahal pulak kau nak basuh kasut dalam mesin basuh tuh? Rosak la mesin tuh. Orang kalau nak keringkan kasut boleh juga digunapakai. Ini nak dibasuh kasut. Suruh sajalah adik kamu tuh basuh sendiri guna tangan." Bebel wanita tua yang berkain batik dan berbaju Kedah itu.

Tapi tangannya masih lincah melakukan kerja memotong bahan-bahan yang hendak dimasak.

Di mesin basuh, Adi sudah mati akal. Memang sepatut adiknya, Siti yang perlu basuh kasut sekolahnya sendiri tetapi memandangkan......

**************************************************

"Abang...!"

"Yup! Apahal?" Adi segera menghampiri adiknya dikerusi depan televisyen. Pinggang dicekak.

"Agak-agak antara Chealsea dengan ManU, sapa menang?"

"Larh, itu aje kau nak tanya? Punyala menjerit nama abang, hanya semata-mata nak tanya benda tu saja? Buang masa betoilah. Tergendala kerja abang tau." Dia sudah mahu berlalu dari situ tapi diprovok oleh adiknya.

"Yalahkan mana larh nak tahu kot-kot Chealsea balik rumah menangis-nangis pulak. Meratapi kekalahannya." Sempat lagi dia provok abangnya. Nak gaduh larh tuh!

"Ewah budak nih. ManU yang balik meratap nanti. Terkinja-kinja Alex Ferguson nanti dalam rumah dok meratapi kekalahan. Hahaha..." serang balas dilakukan Adi. Sengaja dikuatkan ketawanya. Ketawa buat-buat.

Siti mencebik. Geram dengan abangnya. "Eleh, ManU mesti memang punyalah." Penuh yakin Siti bicara.

"Kalau tak?"

"Siti basuh baju abang. Kalau ya, abang kena basuh kasut sekolah Siti."

"Okey then. Siti siap sedialah ye tangan tuh. Nanti nak basuh baju abang. Dengan tangan tau." Yakin pula Adi dengan harapan dia. Pada malamnya, mereka menyaksikan perlawanan antara ManU dengan Chealsea. Akhirnya, Adi rebah juga. Jadi faham-fahamlah kenapa Adi terpaksa membasuh kasut skeolah adiknya, Siti.

"Yahooooo...!!!" Siti menjerit kegirangan.

**************************************************

"Adi..!!! Apa yang kau menung depan mesin basuh tuh? Dari tadi mak panggil kau tak dengar-dengar. Dah kena sampuk ke budak ni?" Jeritan lagi dapur menyentakkan Adi dari lamunannya. Terbang melayang lamunannya.

"Err..tak ada apa-apa mak." Mesin dihentikan. Kasut diangkat ke muka. 'Habis tuh, nak buat macam mana ni? Takkan nak basuh dengan tangan?' hati Adi berbicara. Naik juling biji mata tengok kasut Siti yang dah kelabu asap tuh. Berapa tahun tak basuh gamaknya?

"Ha! Tunggu apa lagi? Basuhla...Hehe..." melebar sengihannya. Suka! Tak kena basuh kasut Selama ni dia sendiri yang basuh kasut. Dengan tangan pulak tuh. Ouch! Rosak tangan. Tapi hari ni tangan abangnya yang akan rosak pulak. Tapi sekali ajela. Lepas ni dia pulak yang kena buat balik.

"Banyak cakap betullah budak ni." Sempat lagi dia menggerutu. Dia beri jelingan separuh maut kepada Siti. Ketawa mengekek-ngekek Siti melihat abangnya.

"Sukanya Siti..." terus dia blah dari situ. Adi dah geram. Kecik besar, kecik besar aja dia tengok Siti.

"Nasib kau dah pergi. Kalau tak dah lama aku ganyang-ganyang dengan kasut ni. Haishhh...Menyusahkan betullah." Gerutu Adi. Dia mengeluh. Akhirnya diusung kasut masuk ke dalam bilik air.

Kerusi pendek ditarik, lalu dihempas geram punggungnya dan....KETANG!

"Opocot!" Adi terjatuh sambil melatah. Berkeru dahinya menahan sakit. Licinlah lantai tu pakcik oi!

Dia bangun lalu mengibas-ngibas seluar pendeknya yang melepasi paras lutut. Basah sekerat. 'Kena tukarlah nanti. Haish! Malas betullah,' dia menyeringai.

Dibiarkan dahulu seluarnya, perlahan-lahan dia meletak punggung diatas kerusi. Tak nak pisang berbuah dua kali!

"Okey! Selamat! Fiuh..." peluh yang memercik di dahi, disapu perlahan dengan lengan. Dah macam masuk larian amal pulak gayanya.

"Hish, menyesal pulak buat perjanjian dengan makcik tuh. Kalau tak sekarang ni, aku dah bersenang lenang dengan kawan-kawan. Cibai betullah...!" gerutunya perlahan. Dilanyak-lanyak kasut adiknya itu. Kasar tu der! Kasut adik kau tuh. Mau marah mak kau kalau dia tahu kau lanyak-lanyakkan kasut adik kau. Silap haribulan dia lanyak kau balik!

Teringatkan hal itu, terus dibelai manja-manja kasut adiknya tuh.

"Hermmm....pandai abang basuh kasut." Satu suara dari arah belakang berbunyi lembut. Terus terhenti segala saraf-saraf tunjang Adi. Erk! Adi termengkalan! Air liur ditelan pahit. Mahu saja dia pergi dapur telan sebungkus gula pasir agar manis sikit.

"Amboi, bukan main belai manja lagi kasut adik tuh. Terima kasih banyak-banyak ye abangku sayang kerana..."

"Ah! Diamlah kau..." belum sempat Siti menghabiskan ayat madah pujangga versi sindiran tahap gaban, Adi menderam geram. Siti tidak takut, malah menguntum senyuman dibelakang Adi. Nasib abangnya, Adi tidak nampak. Kalau nampak sudah tentu abangnya akan jegil biji mata serupa hantu raya tak cukup tidur.

"Hehe...." sedaya upaya Siti menahan ketawa. Seronok melihat gelagat abangnya membasuh kasut buat kali pertamanya dalam hidup dia. Tangannya menekup mulut. Bergegar bahu menahan tawa. “Alah, siapa suruh cari pasal.” Selamba kucing saja Siti menuturkannya.

"Ggggrrr...." Adi mengeluarkan suara sambil jeling separuh maut kepada Siti. Terkekeh dia ketawa dimuka pintu bilik air.

"Ohoiiiiii cik mek molek...kenalah basuh kasut dibilik airrr.....aaauuu..!!!" sempat lagi Siti menyanyikan lagu Cek Molek versi rekabentuk sendirian berhad itu. Dihujung bicara sempat dia menambah bunyi serigala. Dari jauh kedengaran ketawa Siti yang menyakitkan telinga Adi. Rasa macam nak baling dengan kasut yang dibasuhnya. Saboooo ajelah...

Beberapa jam kemudian.....

Setel! Ya! Setel sudah Adi membasuh kasut sekolah adiknya. Berkilat! Siap diletak kapur lagi! Biar putih melepak macam mat saleh. Hamik kau! Biar pergi sekolah nanti orang perli-perli kau. Sempat lagi dia ketawa jahat dimuka pintu bilik air.

"Gila ke hapa dok gelak seorang-seorang depan bilik air. Dah naik gila ke sebab basuh kasut?" satu sujara menyindir dari belah tepi Adi. Laju pandangannya ditala ke kanan. Haiyoo...!!

"Arggghh...!!" Adi menjerit. Luas saja mulutnya ternganga. Matanya membulat.

Buat seketika, dia mengurut dada. Cuba mencari kembali semangat yang dah kena pukau! Sedaya upaya dicari kembali semangat yang ada. Turun naik turun naik dadanya. Adiknya, Ayu memandang selamba Adi yang dah macam baru lepas merentas merenangi Lautan Hindi.

"Tak boleh ke bagi salam dulu? Ni main terjah jer. Kau ingat ni rancangan Melodi ke apa? Sudahlah malam. Terkejut abang tau?"

"Tau..." meleret suata Ayu membalas kata Adi. Dia buat muka bengong dengan bedak sejuk yang tertempek merata tempat dimukanya.

"Apa yang kau tau?" tanya Adi seperti kebodohan.

"Taulah yang abang terkejut. Dah nampak tadi. Clean and clear." Ayu tayang muka bodoh.

"Haishhh...tiap tiap malam dengan bedak sejuk dia tuh. Dah macam nenek tua kau ni."

"So what? Ade Ayu kisah?" terus dia blah dari situ.

Adi tunjuk siku. "Belasah jugak kang budak ni." Adi menderam. Matanya asyik saja membulat dari tadi. Memang tak tenang betul hari ni.

"Dahlah. Malas nak layan. Baik aku pergi jemur cepat-cepat benda alah ni," dia bermonolog sendirian. Hari-hari hidupnya macam itu.

Langkah diatur menuju ke pintu rumah apartment milik keluarganya. Pintu dibuka. Kaki lima depan rumah dituju dengan segera dan kasut sekolah milik adiknya diletak diatas simen yang mengadap matahari. Setelah dirasakan kasut adiknya agak selamat untuk diletak disitu, terus dia berpaling hendak masuk ke rumah semula tetapi, dia terhenti. Telah dihalang!

Dia tergamam.

"Errr..." Adi bersuara. Manusia halus didepannya terhenti dan memandangnya. Hampir-hampir dia tercium dahi manusia bertudung dihadapannya itu. Pandangan masing-masing redup. Bagai dipukau. Ah sudah! Ada dramatari pulak kat situ.

"Apa?" tiba-tiba perempuan itu bersuara. Kedengaran suaranya agak selamba dan begitu bersahaja. Rasa macam nak gaduh pun ada. Ganazzz!

Berkerut-kerut dahi Adi. Kening diangkat. Tanda agak teruja.

"Tak ada apa-apa." Balas Adi cuba diselambakan hati. Masing-masing masih tercegat disitu. Hai? Tak nak berganjak ke?

"Jika dilihat semula, usaha anda untuk menghalang saya dari berjalan sangat mengagumkan. Tahniah dari saya." Adi bersuara sekali lagi setelah dirasakan berminit-minit masa telah berlalu. Nada suara formal habis! Kalah Ally Iskandar! Allay Iskandar dengar, rasanya terus dia meraung-raung nak mintak sain kat dada! Boleh bayanglah scene tu!

"Oh yaka? Terima kasih. Saya tak sangka usaha saya, ada juga yang melihat. Terima kasih banyak-banyak. Err...tak ada piala ke? Kalau trofi pun ok jugak. Ermm...penyampai hadiah? Berapa ganjarannya? Lumayan tak?"

Hamik kau! Berani betul perempuan itu membalas. Siap dengan lakonan mantopnya sekali! Feeling habis! Nasib tak ada deraian air tawa, kalau tak, silap hari bulan sekali dengan Adi pun turut hayun merembis air mata.

Adi dah termengkalan. Nasib betul dia hari ni! 'Berani betul perempuan ni menjawab,' desis hati Adi. Selalunya kalau perempuan lain, dah blah dari situ dan berbakul-bakul makian dihadiahkan dalam hati. Tapi, pelik betul perempuan ni. Agak berani! Siap demand lagi nak trofi! Porahhhhh....!!

Yang lagi pelik....!!!

Adi blah dari situ! Laju aje blah! Macam abang rempit!

**************************************************

Jari jemari mengetuk-ngetuk meja. Sebelah tangan menongkat dagu. Mata memandang tingkap. Tapi bukan kesitu fikirannya. Melayang entah ke mana. Mata macam nak telan saja tingkap yang dipandang itu. Jangan buat! Dia tak ada dosa pun.

Sesekali keluhan dilepas dari bibirnya. Rambutnya yang agak kusut disentuh-sentuh. Muka tu dah macam apek zaman Dinasti Min. Memang ada gaya! Badan agaklah 'tough'. Makan banyak plus lewat malam pun disebatnya nasi goreng. Perut dah sedikit membawa ke anjakan paradigma. Tapi masih nampak 'tough'.

"Haishhh...tolonglah otak. Berhenti fikir pasal minah tuh." Pesan hatinya dengan agak kuat. Jari menujal-nujal kepala. Harap dengan tujalan itu, dapat menghilangkan ingatan dia terhadap peristiwa semalam.

"Adi...!!!" jeritan dari luar sudah bergema satu rumah. Adi terkejut! Tangan yang menongkat dagu terlepas.

"Ya??!!" jerit Adi kembali.

"Kau tak nak pergi kerja ke?" meleret suara mak Adi.

"Alamak! Lupa pulak aku!" Adi memegang kepala. Dia sudah menggelabah beruk! Merata dia memusing. Kejap kiri, kejap kanan.

"Mana beg aku?!" tanya Adi dalam keadaan tertekan. Tertekan angkara perempuan itu, dia terlambat masuk kerja! Tiba-tiba kakinya tersepak sesuatu. Dia berhenti dan memandang bawah meja! HAH!

Beg!

Jumpa jugak! Nasib! Kalau tidak jenuh jugak dia nak menggeledah biliknya. Perlu ke? Ah, gasak! Terus dia keluar dari bilik dan menuju ke meja makan. Sarapan nasi goreng, roti bakar dan beraneka mak nenek lagi menggoda Adi hebat! Tapi dia terpaksa sebat air teh yang dibuat maknya saja. Sudah terlambat larh katakan.

"Tak nak duduk ke? Minum aje?" tanya mak Adi sambil membawa sepiring karipap. Adush! Memang menggoda Adi.

"Err...tak apalah mak. Adi dah lambat ni."

"Itu mesti termenung pagi hari."

Kantoi!

Hehe...Adi tayang gigi. Hanya itu yang dia mampu lakukan. "Adi pergi dulu mak." Sebelah kaki disarungkan kasut. Dia berdiri, maknya ada didepan Adi. Adi menghulurkan tangan untuk bersalam. Salamnya disambut baik dan penuh dengan keredhaan. "Okey. Baik-baik bawak kereta tuh." Pesan mak Adi setelah Adi mahu beredar. "Ya, mak."

Dalam hati dia tergelak kecil. Bawak baik-baik? Huh! Kereta pun bawak merempit sakan. Adi berjalan keluar dari rumah. Punat lif ditekan. Tidak lama kemudian, pintu lif terbukak. Adi masuk dengan langkah berhati-hati. Pintu mula mahu menutup.

"Kejap! Tahan lif." Ada satu suara menjerit dari luar. Cepat-cepat Adi menahan. Pintu lif kembali terbuka. Satu tubuh masuk dengan pantas. Ah! Dia lagi! Terbeliak mata Adi. Perempuan itu tidak perasan akan kehadiran Adi lagi kerana dia membelakangkan Adi.

"Terima kas..." ucapan terima kasih dia terhenti setelah badannya memusing ke belakang. Pergerakkannya terhenti. Adi kembali muka biasa. Buat macam tiada apa-apa berlaku.

"Sama-sama." Balas Adi. Mata masih memandang pintu lif. Suasana dalam lif sunyi. Agaknya kalau mereka kentut silent pun masih boleh dengar.

'Kenapalah jumpa lagi dengan minah ni?' hati Adi bersuara.

'Haishh...hidup lagi ke mamat ni?' perempuan itu pula berdesis dalam hati.

'Dah tak ada lagi ke orang aku nak jumpa selain dari dia ni?' Adi pula menderam dalam hati.

'Aku kalau boleh taknak langsung jumpa dengan mamat kerek ni,' perempuan itu menunjuk bibir mungilnya.

'Cantik sangat ke bibir?'

'Cantik lagi bibir aku dari bibir kau.'

'Yalah tuh. Hidung aku lagi comel la. Macam cina tau.'

'Apa kau tunjuk-tunjuk hidung kau tuh? Bajet comel ke? OMG! Tidak langsung ok!'

Mereka berkomunikasi seolah-olah boleh memahami hati antara satu sama lain. Padahal bercakap dalam hati saja. Suasana masih diam. Tak nak bersuara langsung antara mereka. Tidak lama kemudian, pintu lif terbuka. Adi cepat-cepat memotong minah tuh keluar tapi nasib tidak menyebelahinya. Mereka sudah tersepit dipintu lif.

"Hish, apa ni??!" tanya garang minah tuh. Bulat aje matanya. Adi sedikit kecut perut tapi cover line.

"Apa-apa?" tanya Adi mendatar. Terangguk-angguk kepalanya. Mereka sudah sedikit ke belakang. Masing-masing muka macam nak cari gaduh.

"Awaklah. Main ikut suka suki hati ja nak redah. Bagilah saya keluar dulu." Bebel minah tuh. Berkerut-kerut dahi menahan geram.

"Ikut suka sayalah nak keluar dulu ke, kemudian ke. Ada saya kisah?" cabar Adi. Suka betul dia nak cari gaduh dengan minah ni.

"Hish, susah betul kalau bercakap dengan mamat bajet hot ni. Dahlah buang masa betul." Sempat lagi dia membebel sebelum beredar dengan langkah yang semaksima boleh. Malas nak bertembung lagi dengan mamat bajet hot tuh.

Adi yang masih tercegat didalam lif menghantar pandangannya seiring dengan langkah kalut minah tuh. Senyuman terukir mega di bibirnya. "Lambat pergi kerjalah tuh," Adi berkata sambil melangkah keluar dari lif.

Berdecit bunyi kereta, menandakan pintu tidak kunci. Tidak lama kemudian, kereta Gen-2 milik Adi meluncur laju keluar bangunan apartmentnya. Minah tuh? Tidak pula Adi ketahui. Tertanya-tanya juga dia didalam hati.

**************************************************

"Nah!"

Satu bungkusan plastik melayang-layang depan mata Aisya. "Apa ni?"

Tanya dia buat-buat tak nampak. Pura-pura mesralah tu. "Sudah gaharu cendana pula..." meleret suara Ayu.

"Sudah tahu bertanya pula.." sambung Aisya samil tersengih-sengih. Tangan menyambut huluran dari Ayu.

"Kenapa kau ni?"

"Kenapa apa?" Aisya pelik dengan soalan Ayu. Sedikit terangkat hujung kening kiri Aisya.

"Kenapalah.."

"Haiyooo..kau ni...!!!" Aisya dah geram. Bibir diketap rapat.

Ayu dah ketawa besar. Aisya menjeling. Akhirnya dia juga turut ketawa.

"Kenapa apa maksud kau ni?" tanya Aisya setelah mereka reda dari ketawa.

"Kenapa kau kabut semacam masa datang tadi? Nasib bos tak datang lagi. Kalau tak silap hari bulan kau kena bambu dengan dia." Membebel pulak Ayu.

"Alah, kalau pun aku tak kena bebel dengan bos, kau membebel pun dah macam bos. Jadi, secara automatiknya, aku dah macam kena bebel dengan bos." Usik Aisya.

PAP!

Tamparan hingap di lengan Aisya. "Hoi..! Sakitlah. Pedih betul minah ni tampar." Tangannya mengusap-usap lengan yang pedih. Agar hilang rasa pedih.

"Padan muka."

"Hoi..soalan aku belum jawab lagi ni. Jawablah cepat!" gesa Ayu.

Aisya menjeling memandang Ayu. "Ish, sibuk betullah kau nak tahu. Adalahhh..." sengaja dileretkan suaranya untuk menarik perhatian Ayu walaupun hakikatnya tiada apa sangat sebenarnya.

"Bukan selalu..."

"Apa?! Bukan selalu ke kau menyibuk? Menipu giler minah ni. Hari-hari kau menyibuk tau." Belum sempat Ayu menghabiskan katanya, Aisya sudah memotong. Ayu terkulat-kulat. Badannya meliuk lentok malu.

"Alah, mana ada. Tu aku just nak tahu hal or berita-berita semasa jer. Tak ada lebih-lebih. Hehe..." Ayu tersengih menampakkan gigi. Dah macam garfield pulak.

"Banyaklah kau just nak tahu hal-hal or berita-berita semasa. Aku tengok semuanya kau nak tahu. Apakes?" Terkulat-kulat Ayu. Aisya siap bagi jelingan suam-suam suku.

"Dahlah. Jom 'sedut' lauk ni. Tak tahan aku dengan bau ni. Memang mengiurkan. Ahakz...!" Suka pulak Aisya. Dasar mak lampir suka makan betul!

**************************************************

Adi menyelak perlahan-lahan kertas dihadapannya. Dah naik serabut kepala otak dia tengok benda alah tuh! 'Kan best kalau kerja sendiri. Aku pun suka kerja yang tak ada bos,' sempat dia berfikir sejenak. Itu kalau cakap dekat mak, mau menjawab begini, 'Kau jadilah bos!'

Ayat tipikal semua ibu, mak. ibunda, mamanda, makda, mak dan yang sewaktu dengannya. Senyuman terukir dibibirnya.

"Hoi! Sengih sorang-sorang. Sudahlah tak ajak aku." Sergah Amin. Ah sudah! Datang dah mamat ni. Adi mengurut dada terkejut. Tidak pulak terperasan akan kehadiran si Amin tuh. Menyibuk betul! Ganggu konsentrasi Adi! Walaupun kepalanya tidak ke kertas dihadapannya itu.

"Haish..! Kalau tak buat aku terkejut, tak sah gamaknya?" Adi menderam. Jelingan sempat dihadiahkan. Amin hanya ketawa. Punggung mantapnya dihempas diatas kerusi depan Adi. Tapi Adi masih lagi dengan kerjanya. Macam tidak ambil pusing dengan Amin dihadapannya. Suasana sunyi bunyi! Amin yang diam memandang keliling! Bosan sudah dia! Aduh! Adi pulak asyik dengan kertas yang kejap selak atas kejap selak bawah. Nasib tepi tak boleh selak, agaknya kalau boleh habis diselaknya.

Amin tak tahan. Kertas didepan Adi di rampas dengan agak kasar. "Dah! Jom balik!"

Adi pandang dengan pandangan bajet comel! "Comel la buat muka macam tu?". Terus Adi sengih-sengih gedik! Amin mengeliat badan! 'Euw! Geli aku. Dah! Jom balik! Sebelum tu, jom makan dulu. Aku dah lapar sangat ni. Tadi lunch tak sempat nak makan."

"Sapa suruh kau tak makan? Orang lain punyalah pergi joli katak dengan makanan, kau pergi mana sampai tak makan?" tanya Adi geram tapi tangan dah kemas beg dan meja. Kesian pulak dia melihat Amin macam tu.

"Adalah. Kau apa tau?"

"Eh eh! Berahsia pulak dia. Aku tak bagi naik sekali baru tau." Ugut Adi.

Amin dah tersengih suka. "Eh janganla macam tu. Aku ada hal tengah hari tadi. Bukannya sengaja."

"Tahu pun takut. Dah! Jom! Aku pun lapar juga sebenarnya. Tapi kerja banyak sangat. Aku pun tak sempat nak makan tadi."

"Ceh, 2x5 juga rupanya..." perli Amin. Adi dah tergelak besar.

Mereka bersembang semasa ke parking kereta. Tidak lama kemudian, laju saja kereta Adi melangkah keluar dari bangunan tempat kerjanya.

"Di dalam kereta, mereka berbual. Nak makan kat mana ?" tanya Adi. Amin berfikir sejenak sambil memandang sekeliling.

"Entah. Kau ada cadangan?"

"Entah. Kau ada cadangan?" Adi tanya balik. Amin dah tergelak besar.

"Kepala kau! Aku tanya dia, dia tanya aku balik. Manalah aku nak tahu. Kau yang memandu, kau ajelah yang bagi cadangan."

Adi terdiam. Ligat otaknya berfikir tempat yang agak menarik.

"Hah! Aku tahu! Jom ikut aku." Lekas-lekas Adi memasukkan gear dan makin lajulah keretanya tu.

"Haih! Aku ni tengah apa? Bukan tengah ikut kau ke ni? Siap duduk sebelah lagi." Tempelak Amin. Adi sengih malu. Main ikut sedap mulut aje bercakap. Tidak lama kemudian, mereka sampai ke destinasi yang dituju. Adi dan Amin duduk bertentangan. Mereka mendiamkan diri. Tidak lama kemudian, datang seorang pelayan mengambil pesanan.

"Kau nk tengok sesuatu tak?" tanya Adi tiba-tiba.

"Apa?" Amin mendekatkan diri. Amboi, kalau bab bergosip, laju saja.

"Kau jangan pulak pandang belakang, Kalau tak..."

Belum apa-apa lagi, Amin dah sedia hadap belakang dengan penuh ghairah. Macam nak telan orang pun ada. Sedang mencari mangsa!

"Hoi...! Kan aku dah cakap jangan pandang belakang. Yang kau pandang belakang tu kenapa? Hadoi.." Segera Amin pandang Adi dengan muka macam kena paksa kahwin!

"Err..Sorry. Aku excited sangat." Amin gelak kecil. Adi mulanya serius tapi ikut jugak gelak kecil.

"Apa maksud kau tadi?" tanya Amin. Belum tahu hal sebenar. Mukanya dah macam lipas dapat permata.

"Kau nampak apa tadi?" tanya Adi. Haishhh, soalan dibalas soalan. Amin mengeluh.

"Aku nampak orang. Perempuan. Kenapa? Kau suka dia ek? Nak aku tolong rekomenkan ke? Aku boleh jer bab-bab matchmaker ni. Konpem kau tak menyesal punyalah."

"Aku dah menyesal pun dengan bagitau kau. Dia pulak yang excited lebih. Sebenarnya dia tu, jiran aku."

"Owehh. Jiran! Asal tak pergi tegur dia. Meh, aku pergi tegur dia. Hai.."

"Syhhh...!!!! Kau jangan...." Adi dah menerpa Amin yang dah bergerak ke meja perempuan yang mereka lihat tadi. Terkedek-kedek Adi kejar si Amin. Cuba sedaya upaya dia menahan Amin. Tapi berjaya ditepis. Adi dah resah, jangan cakap. Mahu aja dia bomkan si Amin hidup-hidup.

"Hai, cik adik berdua. Boleh saya tanya sesuatu?" tanya Amin sesudah tiba dimeja perempuan itu. Mereka sedikit tergamam. Adi dah macam meletup badan dia. Amin dah gila! Amin dah gila!!

Amin maintain dengan muka toya dia. Muka kering! Tak tahu malu betul..

"Awak siapa?" tanya wanita bertudung ungu itu. Erm, matching pulak dengan si Adi. Dia memandang Amin, kemudian, dipandang Ad..."Awak?" tanya Aisya penuh dengan tanda tanya. Dia ni ikut aku ke? Haiyoh! Kena report polis ni. Ada pengganggu ketenteraman wanita alaf baru.

"Owh, kenal ke?" tanya Amin dengan muka toyanya. Jari ditunjuk ke arah Adi. Adi dah muka macam kena tembak dengan sos tomato.

"Sebenarnya macam ni..."Amin dah mula dengan taktik matchmakernya...Habislah...


**************************************************

"Kau ni memang masalah betullah, Amin. Haishh..." Adi menderam geram. Sambil matanya menjeling Amin disebelahnya. Mereka beriringan ke kereta. Nak balik! Amin dah terenjut-enjut bahu menahan ketawa. Bibirnya dah mengatur senyuman dari tadi. Tak habis habis lagi.

"Apa pulaknya. Alah, perkara kecil aje tuh."

"Banyaklah kau perkara kecik. Malu aku tau tak? Sudah lah jiran aku. Hari hari muka sama tau mengadap. Malu beb! Kalau lepas ni dah tak jumpa oklah jugak. Ini nak kena mengadap lagi.Tak sanggup kau tau tak?" Adi dah mula tension. Hatinya sudah diselubungi rasa malu. Namun, entah mengapa terselit rasa bahagia disudut hatinya. Hati kecilnya sedikit tersenyum. Haha...Amin masih lagi menyambung tawanya. Kecil saja bola matanya tika ketawa.

"Alah, relax sudah. Bukannya mati pun. Lagipun dia..."

"Hah! Sudah. Tak payah kau nak sambung ayat kau dengan result tadi." Adi terlebih dahulu memotong.

Kereta berbunyi menandakan sudah dibuka kuncinya. Segera mereka meloloskan diri memasuki kereta. Tidak lama kemudian, kereta Adi meluncur laju meninggalkan tapak parking.

"Macam mana kau kenal dia?" Amin memulakan bicara setelah keadaan agak lama sunyi di dalam kereta.

"Larh, kan aku dah cakap tadi. Kau ni, beri perhatian ke tak?" geram pula Adi. Penat dia bercerita sebentar tadi, Relax jer dia boleh tak dengar Adi sedang bercerita.

"Aku termamai sebentar tadi. Maap! Maap!" Terjerit jerit Amin di dalam kereta meniru gaya Apek Senario. Adi dah mengerinyai.

"Kau ni apehal? Terjerit jerit macam mak nyah lapar nasi."

"Boleh pulak macam tuh kau ni. Eh, aku dah lama tak praktis menjerit tau. Ada macam suara Siti Nurhaliza tak? Mesti sedapkan?" Amin puji diri sendiri tanpa meminta kebenaran dari Adi. "Susah betullah kalau bercakap dengan orang yang kuat perah santan ni. Hah! Yelah! Amiklah kau! Sedih aku tengok."

Amin dah ketawa besar. Sambil menggelengkan kepala.

"Tadi aku macam terberkenan pulak kawan si apa tuh nama dia tadi? Alah lupa pulak aku..." Amin memicit micit kepala. Pura-pura tanya, padahal dia ingat aje nama perempuan tuh.

"Aisya.." lembut Adi menuturkannya. Nampak macam mendayu-dayu. Penuh kasih sayang sebut aih! Pandangan masih dihalakan ke arah jalan raya. Tetapi isi kepala agak sikit terserong.

"Amboi bukan main lagi dia! Haha. Kan dah kantoi. Ingat je nama dia. Aku sebenarnya ingat nama dia, saja jer nak test kau, ingat ke tak. Akhirnya pecah tembelang. Cara sebut tu pulak bukan main lagi dengan penuh kasih sayang. Penuh syahdu."

Adi dah termengkalan. Senyap seketika dia sebelum dia tersedar dan cuba dikawal dirinya. Dia berdehem.

"Ewah banyaklah kau. Tak der nya syahdu syahdu ni., Minta maap ye! Aku tak main syahdu syahdu ni. Kalau nak aku direct terus. Tak main dengan kias-kias ni. Buat menyusah aje. Kalau orang tuh sakit, sempat lagi straight to the heaven." Penuh semangat Adi menutur. Tapi di dalam hati, lain pula bicaranya. Tangan masih menggenggam stereng.

Amin ketawa kecil. "Baik! Kita tunggu dan lihat...Hahaha..." ketawa disambung...

**************************************************

Aisya duduk di ruang tamu rumahnya. Tangan memeluk kakinya. Mata memandang tv tetapi kepala memikirkan benda lain. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Mak! Dipandang telefon itu.

"Hoi, angkatlah telefon tuh. Ingat ada toyol nak tolong jawabkan untuk kau ke?" Tiha memekak di dalam bilik. Bukan main lagi sampai ke dalam bilik Tiha dengar ring tone Aisya. Agak-agaklah nak bertoyol-toyol memalam buta nih.

Aisya cepat cepat menekan punat hijau. Tidak lama kemudian, melantun suara Mak Bedah.

"Aisya!"

"Ya mak. Waalaikumusalam." Sempat lagi Aisya perli Mak Bedah sambil tersengih sengih suka.

Mak Bedah menyeringai. "Assalamualaikum. Amboi, sempat lagi perli mak ek?"

"Alah, mak. Jangan tacing pulak. Lawak kampus aje." Suka pulak dia! Mata memandang tv. Kemudian, dipandang beranda yang terletak disebelah kanannya. Angin sempoi sempoi menyerbu masuk ke dalam rumahnya. Perlahan-lahan menyapa mukanya.

"Aisya! Kau ambil cuti minggu depan." Tiba-tiba saja Mak Bedah keluarkan arahan mandatori. Hukuman terus dijatuhkan tanpa ada apa-apa bukti bersalah. Amboi ayat! Tak nak kalah! Aisya yang mendengar terpinga-pinga. Telefon dijauhkan dari telinga dan matanya memandang nama yang tertera diskrin telefon. Memang betul Mak Bedah yang telefon! Ke hantu? Aish! Seram pulak malam malam ni memikirkan. Sudahlah beranda terbuka luas.  Jangan ada yang serbu masuk sudah!

"Kenapa pulak mak? Haiyo, bukan senang nak mintak cutilah mak. Lain la kalau abah jadi CEO syarikat Aisya kerja tuh." Keningnya sudah bercantum. Pelik! Pelik dengan Mak Bedah arahannya.

"Kalau abah kau CEO, dah lama tangan aku ni penuh dengan intan berlian emas gangsa perak dan segala bagai tu ha. Ni apakes ada cincin jer. Itu pun cincin tunang dengan nikah."

Aisya tepuk dahi. Mak Bedah sudah merepek. "Mak ni mulalah nak merepek."

"Siapa mula dulu tadi.." selamba Mak Bedah bidas. Aisya sudah terkulat-kulat.

"Mak tak kira. Kau kena buat jugak macam mana pun untuk cuti."

"Mak ni...Berapa lama?"

"3 hari pun dah cukup."

"3 hari? Ada apa yang penting sangat ke nak kena ambil cuti macam tuh sekali. Sudahlah jatuh hukuman berdebuk macam ni. Hehe...Ada yang nak masuk meminang ke?" Aisya sengih-sengih. Niatnya mahu bergurau dengan Mak Bedah.

"Yelah. Nak masuk meminang kau." Aisya termengkalan. Suara Mak Bedah pulak dah serius. Tak ada pulak tanda-tanda Mak Bedah bergurau. Aisya sudah risau. 'Habis tu, mana nak campak mamat petang tadi?'

Ops! Tak malu! Tiba-tiba Aisya tergelak sendirian. Lupa dia dengan Mak Bedah yang masing ditelefon.

"Kau ni kenapa gelak tiba-tiba nih? Suka ke orang masuk meminang?" Aisya terus tekup mulutnya.

"Eh, taklah mak. Eleh mak ni, nak gurau pun agak-agaklah mak oi. Hah! Abah mana?"

"Nak alih topik larh tu. Ada depan tv tu ha. Okeylah, mak pergi dulu. Nak tidur. Kau jangan tidur lewat sangat."

"Yalah mak. Assalamualaikum." Mak Bedah menjawab salam lalu talian diputuskan.

Aisya garu kepala. Nak mintak cuti dengan bos? Alamak! Macam mana ni? Tapi dihatinya masih tertanya-tanya, ada apahal sangat sampai Mak Bedah suruh dia balik.

**************************************************

Lega dia memikirkan bosnya meluluskan cuti yang dipohon. Petang itu, dia mengemas beg kerja dengan pantas. Mahu dikejar masa. Masa nak balik kampung!

"Amboi, laju nya kemas beg. Ada nak pergi mana-mana ke?" tegur Mat Senget! Senget sebab kepalanya tidak betul. Asyik nak kacau Aisya saja kerjanya.

Aisya dah mengeluh. 'Asallah mamat ni datang masa-masa macam ni. Aku nak baliklah.' Getus hati Aisya.

"Balik kampung." Jawabnya sambil tersenyum. Dijawab sopan andai orang bertanya, itu prinsipnya! Mat Sengat dah tergamam! Tergamam dengan senyuman yang digilainya sejak Aisya bekerja disitu. Hari-hari mahu pergi kerja sebab nak tengok Aisya! Sampai sanggup overtime untuk tengok Aisya! Gila bayang betoi..

"Sorang saje? Nak saya teman ke?"

'Apa wayar CPU dia putus ke, nak teman aku balik kampung. Karang tak pasal-pasal kampung aku diserbu mak cik-makcik melodi di kampungku. Memang hangat nanti aku!'

"Takpelah. Saya balik ada kerja kejap. Ha'ah, balik sorang aje. Okeylah, saya balik dulu. Assalamualaikum." Segera Aisya beredar dari situ. Pemergiannya dihantar dengan pandangan Mat Senget! Bahaya betul mamat tuh...bisik hati Aisya.

Beg baju sudah siap-siap dibawak. Malas mahu pulang semula ke rumah. Buang masa! Tidak lama kemudian, bergeraklah kereta Aisya pulang ke kampung halamannya. Lagu hindustan menemaninya sepanjang perjalanan. Sanggup dia burn lagu ke dalam cd. Gila hindustan punya pasal! Agaknya ada kena mengena sikit kot dengan keturunannya. Memang dia ada kena sikit dengan keturunan hindustan. Sebab itu lah mukanya macam belah-belah sana sikit. Tapi versi sedap dipandang.

Beberapa jam kemudian, kereta Aisya menderam masuk halaman rumah tok. Dilihat banyak bebeno kereta tersadai dihalaman rumah. Keningnya bercantum lagi. Pelik! Apa pasal kereta mak saudara dan bapa suadaranya semua ada. Bersama kereta yang tak dikenali. Dan tiba-tiba kereta Tiha dengan Ayu ada. Pelik! Macam mana pulak dua ekor manusia tuh boleh cepat sampai berbanding dia? Bila difikirkan balik, Tiha kerja tempat lain, Ayu pulak dah hilang pagi tadi. Agaknya masa tuh dia datang kot.

Secara tiba-tiba dia teringat perbualan dengan Mak Bedah sebelum ni. Ah sudah! Jangan nak buat pasal lah. Kang aku lari rumah jugak kalau jadi macam yang Mak Bedah katakan sebelum ini. Dia keluar dari kereta perlahan-lahan. Amboi, slow motion pulak. Kau ingat ni drama tv ke? Bisik hatinya. Senyuman terukir tiba-tiba di bibirnya.

"Mak, akak dah balik..!!!" Jerit adik saudara, Anis dari arah belakang Aisya. Terkejut Aisya dibuatnya. Hampir-hampir dia melompat disitu.

"Syhhhh...!! Kau ni buat akak terkejut aje tau. Mana mak lang?" Gadis berusia 15 tahun tu tergelak kecil. Lawak melihat telatah kakak suadaranya yang terkejut beruk.

"Apalah, akak ni. Itulah, terngendap-ngedap lagi. Sudahlah keluar kereta pun slow motion. Ingat ni drama hindustan ke?" sempat lagi Anis perli.

"Eh, kau ni. Akak tanya lain, kau jawab lain. Mana mak lang?" pintu kereta ditutup.

 "Ada kat belakang rumah. Tengah buat apa entah tadi. Baru sampai ke?"

"Tak adelah. Sampai semalam lagi. Saja akak terhegeh-hegeh duduk dalam kereta tak keluar-keluar. Nak main-main ecilok dengan kau...haha...of course lah akak baru sampai. Apakes pulak nak sampai semalam, hari ni baru keluar dari kereta," ketawanya dibuat-buat sambil menampar bahu Anis. Teranjak ke depan sedikit dia.

"Aduh! Akak ni. Tampar tu kuat sangat. Tak leh kuat lagi ke?"

"Dahlah, lagi lama dengan kau, lagi teruk akak merapu."

"Biasalah, cucu Tok Mek Bah memang macam tuh. Kuat merapukan." Mereka gelak bersama-sama.

"Hoi, apatuh anak dara kuat sangat gelak tuh. Tak malu ke?" Maksu dah menjerit sambil cekak pinggang.

"Tak derlah, maksu...gelak slow motion aje." Serentak pulak Anis dan Aisya berkata. Kemudian, mereka ketawa lagi. Maksu dah garu kepala nak menjawab. "Mak mana maksu?"

"Ada kat belakang."

Aisya mendekati maksunya dan bersalam. Anis dah hilang ke mana entah.

"Sihat maksu?"

"Sihat. Kau macam mana? Bertolak pukul berapa?"

"Sihat aje maksu. Tidak tak adalah depan maksu sekarang. Bertolak? Amboi, kuat sangat ke Aisya ni nak tolak kereta tu ha." Sempat lagi dia loyar buruk.

"Hish, dengan kau sekali aku tolak kang. Sempat lagi dia main loyar buruk." Maksu malas nak layan. Dia pergi entah ke mana, malas pula Aisya nak tanya. Dia terus ke belakang rumah.

Kelihatan Mak Bedah sedang mengacau kuali besar. Entah apa jugaklah dia masak tuh. Sudah tu, ada pulak dua tiga orang gundik-gundik raja sedang bergurau senda kat keliling tuh. Semua tengah ralit, hingga tak sedar kehadirannya. Bukannya nak tolong masak. Buat menyemak lagi adalah. Geram pula Aisya melihat anak-anak jiran toknya yang lebih kurang sama usia dengan Aisya.

"Mak! Buat apa tuh?!" Jerit Aisya.

Keting! Meletup kuali dihadapan Mak Bedah kerana diketuk dengan senduk dengan kuat. Mletah dia seketika.

"Aisya! Kau ni, memang tau! Tak ada salam ke? Main terjah ikut suka mak bapak kau je. Nasib tak jadi apa dengan lauk aku ni. Kalau jadi apa-apa, memang aku gulaikan kau ni, tahu?!" garang bebeno Mak Bedah!

Aisya sudah melambakkan ketawa malunya. Hampir senak dia menahan ketawa.

"Itulah, sibuk sangat gosip melodi. Artis mana pulak yang bercerai kali ni?" sempat lagi Aisya perli.

"Banyaklah kau. Sudah! Pergi masuk! Nak maghrib dah ni, lauk ni pun nak siap."

"Buat apa ni mak? Kenapa semua balik? Dengan lauk semua bagai, ada apa-apa ke? Abah nak tambah lagi satu ke?" sempat lagi dia mengusik. Terangkat-angkat kening dia.

"Tinggal tulang abah kau aku kerjakan nanti kalau dia ada niat nak tambah lagi satu. Itu baru niat je aku kerjakan, belum lagi dia tambah lagi satu. Memang separuh maut aku kerjakan." Mak Bedah dah emo. Terlupa habis dengan soalan Aisya. Suka bebeno Aisya melihat maknya begitu. Mak Bedah memang menceriakan hidupnya. Mak Bedah sudah bercekak pinggang. Gundik-gundik raja sudah ketawa mengalahkan setannnn....

"Yalah, yalah. Aisya masuk dulu."

Pada malamnya. Sampai sekarang Aisya masih tidak mendapat jawapan bagi persoalannya. Bila ditanya, ada saja ayat-ayat merepek yang ada. Last last dia pun dah malas nak tanya. Ikut ajelah.

"Aisya!" panggil Mak Bedah dengan lantunan suara yang begitu mantop! Menangis bergulung Jaclyn Victor kalau dia dengar. 

"Ho..! Mak ho!" terkejut Aisya yang berada di dalam bilik. Hampir-hampir terlepas telefon bimbit ditangan.

"Ha..! Melatah letewww...!" datang dah minah berbulu landak ni. Miangnya melebih-lebih. Pintu bilik terbuka. Kelihatan Ira masuk dengan baju kebaya ketat nak mati tuh! Punggung dah macam nak meletup Aisya tengok! Naik tegang segala benang-benang yang ada kat baju tuh..!

"Hah..! Apa hal masuk bilik aku tak bagi salam ni?"

"Hehe..." nampak aje gigi kuning nyer tuh..!

"Aisya. Kau bila nak keluar ni? Mak kau dag terjerit kat luar tuh.." serbu Ayu. Ni lagi sorang. Main serbu saja masuk.

"Kejap la. Nak relaks relaks dulu. Nanti aku keluar larh. Lagipun nak buat apa ja kat luar tuh." Alasan Aisya. Ira sudah keluar. Niatnya mahu nengok Aisya saja. Almaklum la, lama tak jumpa.

"Banyaklah kau. Cepat keluar. Mak kau meminta minta dari tadi. Kau aje buat pekak je kot kat sini?"

"Eh, baik sikit. Bila mak aku mintak tolong? Tak dengar pun."

"Nak dengar apanya kalau dah asyik berangan dari tadi. Dah keluar." Dah macam makcik kat pasar malam Aisya usha Ayu. Dengan baju merah menyala! Terang benderang! Ni kalau letak kat tengah bendang, masih dapat dikenalpasti ni!

"Kau bawak dulang ni ke depan. Cepat!" Laju aja Mak Bedah mengarah Aisya sebaik saja muka dia tersembul kat dapur. Hampir hampir dicium Mak Bedah.

"Bawak pergi mana?" Aisya masih blur.

"Depan la. Takkan belakang pulak. Tetamu dah sampai. Dari tadi tunggu."

'Tunggu? Tunggu aku ke? Apakes tunggu gua?' suara hati Aisya berbunyi.

"Ni ha...!" Satu suara seperti sedikit menjerit ketika Aisya sampai ke ruang tamu. Semua mata memandangnya. Habis muka dia bagai diserbu mercun! Merah menyala! Helo! Apakes korang tengok aku ni? Ada hutang ka? gerutu hati dia.

"Okla tu...Haha" semua yang berada disitu.

Mahu saja Aisya cepat-cepat blah dari situ. 'Nak kena dah diaorang ni. Aku bagi sambal petai karang baru tahu,' bisik hatinya.

Malam tu, dia tak senang duduk! Mahu diserbu Mak Bedah ramai pulak dikelilingnya. Sampai tetamu pulang pun, dia masih belum berkesempatan untuk bertanya. Last-last dia terlena dikatilnya.

**************************************************

"Hah! Macam mana?" Adi dah kalut semacam. Dari tadi dia menunggu dibilik.

"Ermmm...okla.."

Macam sedih jer bunyi dia.

"Kak! Cakap la betul-betul..." Adi dah rasa nak meraung. Sengaja benar Ilya buat macam tu pada Adi. Suka betul dia tengok satu-satunya adik lelaki dia nanar! Dah macam kena panggang! Ahakz!



*last updated, 12/3/2012,
pening kepala nak susun plot...huhu :D

Wednesday, May 11, 2011

Bab 5

Peluh yang menitik hujung sideburn, diseka. Cuaca agak panas, tapi tidak sepanas di Kedah. Tengah malam pun masih panas. Kalau tidak, pasti tidak berbaju. Terjadilah kejadian yang sangat seksi! Gorgeous!

Dia mengheret beg itu. Tiba-tiba dia rasa nak pitam! Tak tahu arah tuju! Hah! Sudah! Mahu ke mana? Kemudian Along mengheret begnya ke tempat duduk yang disediakan. Dia mengeluh! Medulla Oblongatanya, err, otaknya mengerah memikirkan sesuatu idea.

Tiba-tiba matanya menatap, satu susuk tubuh yang dikenalinya. Rasa gembira berbunga dihatinya, namun seketika. Nak ke dia tolong aku? Ah, cubalah dulu! Better try then never! Erk! Apa punya ayat daa..

Kaki menyepak-nyepak batu dihadapan. Tangan bemain-main dengan hujung jari. Dia mati kutu! Nak tanya ke tidak? Soalan itu masih berlegar difikirannya. Mulut dah terherot sini, terherot sana. Dah macam pelakon Bewitched. Bezanya ini versi Malaysia dan tidak punya kuasa sakti yang tiba tiba boleh buat sesuatu luar biasa. Ayat skema gitu!

Dia dihujung kaunter, Minah biru laut itu pula dihujung sana. Tapi tidaklah jauhnya. Kalau kentut, bau jugalah sampai ke Minah biru laut itu. Kentut??!! Hurm! Sekarang Along rasa nak meng’hangin’kan diri dia. HAHA!! Berdekah dekah hati dia ketawa! Nasib tidak ketawa secara live. Mahu buat jahatlah katakan. Setan gila kuasa sudah menguasai diri dia! Setan terbaik dari ladang!

“Siap kau minah hoiii…” meleret leret suaranya menderam. Gaya sudah seperti pelakon Sinetron Indon. Menjadi-jadi jahatnya. Jahatnya tiada sudah, tapi tetap nak tengok cerita dia.

Dengan kadar minyak tol segera, dia membelek beg sandangnya. Berbunyi macam-macam dalam begnya. Bunyi plastik, bunyi barang keras bin aluminium berdentum dentam berlaga-laga. Apak jugalah yang dia usung ke KL. Nak berniaga ke?

AKhirnya barang yang dia cari sejak 15 saat yang lalu, jumpa juga! Dia tersengih jahat! Senyum macam Rika Sumanto dalam cerita Bawang Putih Bawang Merah! Auuuwww gitu! Tapi ganas! Ahakz! Diletak beg sandang kembali disebelahnya. Dia bergerak dari satu kerusi ke satu kerusi. Namun, dia hanya perlu menunggu satu peluang keemasan! Peluang itu sukar untuk dicari! Walaupun ketika di dalam tandas. Err, apa kena mengena??

Dan sudah dapat peluang itu ketika Minah biru laut itu bangun meninggalkan bagasi bagasi hodohnya itu, dan berlalu pergi ke seberang jalan untuk membeli minuman dan apakebenda lagi entah. Pada ketika itulah, Along cepat-cepat meletakkan barang yang mampu membuatkan dia ketawa terbahak-bahak di stesen bas itu. Tanpa mempedulikan orang lain. Itulah Along! Main bantai gelak saja! Tidak kira kat mana pun. Dia kembali perlahan-lahan menuju ke kerusinya. Pada pandangannya dia berasa pelik, kenapa minah tu, boleh tidak terperasankan dia yang hanya selang berbelas-belas buah kerusin itu. Tak cukup handsome lagikah aku? Terdetik hati Along. Diangkat bahu, tanda tidak dapat menjawab persoalan sendiri. Mahu saja dia menjerit dari jauh! Tapi dia masih kelihatan tidak sengal untuk berbuat demikian. Bajet cool lah tu!

Matanya asyik memerhatikan si Minah biru laut tuh. Comel juga! Dan paling penting, ganas juga! Mau melenting dia dengan minah kerek tu. Tidak tahu mengapa, dia suka betul untuk melakukan sesuatu yang menarik perhatian minah tuh. Cinta? Yeah! Cinta monyet. Haha. Gelaknya dalam hati. Minah itu sudah berpusing sambil memegang sebotol air oren dan seplastik jambu. Prap! Prap! Mulut mengunyah. Berselera betul! Along pula yang terasa lapar. Berbunyi sudah perutnya mendendangkan lagu rock kapak! Terketar ketar gigi dia mengikut rentak rock kapak dari perutnya. Macam kena sawan pun ada.

Minah itu kembali ke tempatnya. Khusyuk betul dengan makan itu, sampai tidak perasankan benda disekeliling. Agaknya kalau budak terjerit jerit disebelah pun dia masih boleh tuli. Huhu! Macam mana tuh? Nak juga Along tiru. Diusha jambu dengan rakus. Mata pun dah semacam saja julingnya Along tengok. Agaknya dah berkurun kot tak makan jambu? Terangkat kening Along.

Perlahan-lahan minah tu duduk, namun tiada apa yang berlaku. Eh, kenapa tak berbunyi? Soal hati Along. Dia yang sedang berdiri berpeluk tubuh. Tangan mengusap usap janggut yang hanya ada 2 3 jemput tuh. Lagak macam orang tua sedang tengok minah dara berdangdut. Tidak larat untuk berdiri, dia duduk akan tetapi….proottt…!!!

Along dah macam asam kecut. Semua mata yang berdekatan dengannya sudah memandang dia. Sambil tersengih! Dia dah termengkalan. Manusia yang dari jauh juga mencari siapa punya kerja tetapi tidak menjumpai siapa. Minah biru laut tuh dah bantai gelak kat situ. Along rasa macam nak lempar minah tu kat KLCC tapi jauh sangat kot! Apa yang berlaku? Along terduduk atas barang yang dia letak dikerusi minah tu??? Tapi macam mana benda itu boleh sampai ke kerusi dia??!!! Along dah jadi pink! Malu tidak terkata. Direnung minah tuh dengan renungan tajam. Siapa buat bunyi lagi. Roaarrr…!!

“Padan muka! Siapa suruh kau kacau kawan aku??!!” terdesis satu suara di tepi telinga kiri Along. Segera ditoleh.

Bab 4

Along mengorak langkah bagai robot yang mati bini. Hak! Bedak compact tersebut dipegang erat. Mata masih meliar merata. Beg plastik ditangan masih setia disisinya. Nampaknya pintu bas sudah dibuka. Dia segera meloloskan diri masuk ke dalam bas. Hampir semuanya sudah ada. Minah biru laut sebelahnya masih belum ada. Ke mana? Ah, lantak kau lah! Apa aku peduli.

Dia berjalan melewati lorong sempit. Wah! Ayat! Punggung dihenyak dengan rakus err rakus? Lantaklah! Dia melepaskan keluhan yang tidak dapat dipastikan sama ada letih atau sengaja. Memang confuse. Along memandang luar tingkap. Bas sebelah mahu bergerak. Kelihatannya orang sudah penuh diatas bas. Dipandang pula sebelah kirinya. Pemuda yang berumur dalam lingkungan 20-an sedang meribakan anaknya yang masih kecil atau lebih tepat bayi. Bapa muda itu memandang Along, sambil tersenyum. Along tersengih tayang gigi. Senyum ke sengih ni? Hehe..

"Berapa bulan?" tanya Along ramah. Bibirnya masih tersenyum. Pemuda itu juga turut tersenyum. Isterinya, yang Along agak, sedang membancuh susu. Amboi, siap bawa bekal lagi.

"Tiga bulan." Ringkas jawapannya. Along mengangguk. Mulutnya muncung. Macam burung belatuk.

"Owh...."

"Oit! Tepi sikit!" sergah seseorang. Along memandang seseorang. Adoi! Minah biru laut! Penat betul hari ini. "Cakap baik-baik tak boleh ke?" selamba Along menuturkan. Saja nak menghangatkan hati minah tu. Ngee....

"Ikut sukalah." menjawab pula minah ni. Bapa muda itu hanya tersengih melihat gelagat kami. "Tepilah." Suaranya mula hendak tinggi. Tangannya buat gaya menyuruh Along ke tepi. Along jeling dulu, kemudian dia bergerak keluar dan minah itu masuk. Lalu dihenyak punggungnya kuat-kuat. Bergoyang bas! Dasyat!

"Lain kali hempas aje punggung tu lagi kuat. Senang sikit bas ni nak tercabut tayar." Sindir Along. Minah biru laut tu hanya menjeling. Terasa pula dia. Bapa muda tadi dah tersengih suka. Minah biru laut membelek beg plastik yang dipegangnya tadi. Along duduk semula. Ayu Along duduk. Control habis!

Jantan melayu terakhir! Ahakz! Banggalah pula! Telefonnya berbunyi. Kelam kabut dia mencari telefon di dalam poketnye. Tidak mahu mengganggu lena si bayi. Lena sungguh bayi itu lena. Seperti tidak kisah dengan bunyi sekelilingnya. Nyenyak!

Direnung telefon bimbit yang berbunyi itu. Sya! Adoi! Masa-masa begini dia hendak telefon pun! Pun begitu, punat hijau tetap ditekan!

"Halo! Sayang buat apa?" sapa suara seorang milik perempuan. Err...spesis gedik sikit! Eu....

"Asalamualaikum. Ada dalam bas. Kenapa?" dalam serius dan menyampah, sempat lagi dia menyindir. Minah biru laut disebelah tersenyum sumbing. Gila ke apa, senyum seorang! Along hanya menjeling. Tidak minah itu nampak.

"Ops...hehe...waalaikumusalam. Saja nak call. Rindu kat Along larh." Kucing yang asalnya dari lorong-lorong gelap, telah bersuara dengan terlampau manja. Burung roma Along menegak! Takkan ada hantu dalam bas ini kot?! Oh, sebelah Along ada seekor yang terlepas dari botol yang telah dibuang dari laut. Ini botol mesti tak katup kejap-kejap! Itu yang boleh terlepas hantu sebelah ni hah! Sempat lagi dia mengomel dalam hati.

Along senyap. Kaku mulutnya! "Halo! Along?" tanya suara sebelah sana.

"Hah! Ada ni ha." meleret saja suaranya. Malas betul bersembang dengan minah kerek ni. Tapi lebih rela mengadap minah terlebih sudah ni dari menengok si minah biru laut ni. Boring betul! Dari atas sampai bawah, biru laut memanjang.

"Along atas bas? Nak pergi mana sayang..." Fuh! Kuatkanlah iman aku. Manja bebenor. Manjanya bukan main lagi. Kalah kucing yang merempat tepi jalan.

Minah biru laut membuka plastik yang berisi buah jambu! Prap! Macam orang tak pernah jumpa jambu setahun! Prap lagi! Macam orang tak makan setahun sebenarnya! Macam nak menayang pada Along saja. Tolonglah!

"Nak pergi kerja." Ringkas dan hampir padat! Macam ngongek aje minah hujung talian itu.

"Along sibuk ke? Macam tak nak cakap dengan Sya aje." Rengok Sya. Suaranya bernada rajuk yang meminta dipujuk. Along mengeluh. Masih tak faham-faham lagi, rupa-rupanya minah ni. Memang aku tak nak cakap dengan kaulah! Jerit Along dalam hati. Bas mula bergerak.

"Ermm....Sya. Along sibuk sikit ni. Nanti Along telefon balik. Asalam..."

"Okey bye." Terus talian terputus. Belum sempat Along memberi salam. Merajuklah tu! Ah, tak kuasa aku nak pujuk dia. Lantahlah kau! Getus hati kejam Along. Along mengerling orang disebelahnya. Seperti tercari sesuatu di dalam beg galasnya yang diusung ke sana ke mari. Warna biru laut! Terkocoh dia membelek beg galasnya.

Tiba-tiba......

"Arghh!!!! Awak!" Along terkejut dengan suara yang nyaring macam langsuir tak makan lima hari! Semua mata memandang mereka. Sedikit pun bayi itu tidak bergerak. Lena sungguh tidurnya! Alonf memandang minah biru laut tu! Bulat matanya memandang Along.

"Apa hal kau ni? Terjerit macam budak tak cukup umur? Bayi tu pun tak merengek macam kau." Bas masih bergerak. Mata-mata lain masih memandang mereka. Pemandu bas merenung dari cermin di depannya.

"Kau...kau...." bibirnya macam nak telan seeekor gajah yang besar! Besar punya!

"Kau apa? Gagap dah ker?" kali ini Along tak lepas peluang untuk 'membelasah' minah tu! Di belasah cukup-cukup.

"Kenapa kau kedengki sangat ambil bedak compact aku." Ditunjuk jarinya ke arah bedak compact itu yang tersekit dipoket belakang tempat duduk orang depan.

Cup! Along teringat sesuatu. Bedak compact? Kalau yang dia jumpa tadi....dia punya?! Malang betul Along!

"Oit! Mana ada aku curi. " Nafi Along. Dia turut bangun seperti minah biru laut itu.

"Habis tu macam maan boleh ada kat situ. Ada depan kau pulak tu." Tuduh minah biru laut itu.

Along mula panas hati. "Bukan aku yang ambillah. Aku..."

"Aku apa? Hah? Aku apa?" sampuk minah biru laut sebelum, Along sempat menyiapakan ayatnya. Tercapai juga kang impian aku nak menjadi pembunuh bersiri. Kata hati Along. Mata yang mengantuk terus terbuka melihat babak pertama dalam drama bersiri 'Along Rasa Nak Membunuh'.

"Masa bila aku ambil cakap! Cakap! Cuba cakap masa bila aku ambil?" sergah Along pula. Tidak mahu mengalah. Minah biru laut agak tersentak. Baru dia kenal siapa Along! Muhahaha...

Riak wajah sedikit gementar hanya sebentar, sebelum riak wajah orang orang hutan kelaparan menjenguk wajahnya. "Manalah saya nak tahu..."

"Dah tu yang tuduh aku tu kenapa? Tak hingin la aku nak ambil barang awak pun. Tak luak pun aku. Bukannya boleh kenyang curi bedak compact awak tu. Lagi memberat beg aku adalah. Lagipun takkan aku nak tayang benda yang aku curi depan kau. Logiklah sikit! Cakap tu guna kepala sikit! Jangan main serbu aje!" Nah! Kena bantai sebiji. Minah biru laut itu terdiam. Terkulat-kulat menahan suara Along yang perlahan, tapi bagai gegendang masjid khas untuk mengumumkan kematian, menyapa telinganya.

"Bedak compact tu aku jumpa kat R&R tadi. Kau yang terlupa. So, jangan nak memandai tuduh aku mencuri. Nasib baik juga aku yang ambil. Kalau dibuatnya orang lain yang ambil? Tak jumpa teruslah kau. Berterima kasihlah. Ini tidak! Siap tuduh aku yang ambil lagi. Aku campak bedak compact ni baru tahu! Nak?!" sambung lagi.

Minah biru laut itu termengkalan. Salah dia juga! Serbu tak pakai perfume! Hah?! Apa tuh?!

Along mengambil bedak compact itu. Dicampak atas tempat duduk minah biru laut. Minah itu pula hanya memandang sepi! Takut barangkali! Atau masih trauma dengan suara Along!

"Oit!" simple nak mampus sapaan pemandu tersebut. Semua mata memandang dia. Termasuk Along dan minah biru laut.

"Kalo kamu berdua nak bergaduh, baik keluar dari bas ni. Adakah patut pasangan kekasih bergaduh kuat-kuat? Malulah sikit." Selamba gajah betul pak cik itu. Boleh keluar ayat power sambil tengah pandu bas. Dasyat! Merah terus wajah mereka berdua. Pasangan kekasih? Tolonglah. Tiba-tiba Along rasa nak muntah. Minah biru laut rasa sakit perut.

Mereka yang lain sudah tersenyum. Tak kurang juga yang menekup mulut menahan ketawa. Terus Along dan minah biru laut duduk. Masing-masing senyap. Diam tidak terkutik. Bagai angin puting beliung lalu

Bab 3

Along tiba-tiba rasa nak membunuh! Biar betul?! Ini Along ke? Entah! Selalunya dia tidak berperasaan sebegini. Sejak...sejak....minah tu muncul! Ya! Sejak minah biru laut tu muncul! Plastik berisi minuman serta makan ringan di genggam. Bas berhenti sekejap di kawasan rehat Gunung Semanggol. Rasanya! Jam ditangan dibelek-belek. Hampir pukul 1.30 petang. Lagi lima belas minit, bas akan berjalan.

"Ah, baik aku sembahyang dulu. Kalau sampai KL awal tak apalah juga, dibuatnya sampai lewat? Tak ke naya?" bisiknya perlahan. Dia bercakap sendirian.

"Gila dah ke bercakap seorang-seorang," satu suara dari arah belakang Along menyapanya. Along berhenti mendadak. Dipusingkan 180 darjah tubuhnya. Minah biru laut! Lagi! Oh, tidak!

Sekarang Along memang rasa nak meletup. Ada juga yang meletup macam Altantuya Saribu nanti kot. Sudahlah, panas Along semasa didalam kedai tadi belum redha. Ditambah lagi dengan kemunculan hangat serta membara minah biru laut ini.

Muncung mulut Along sedepa! Malas hendak bertekak. Nanti ada juga yang impian 'hangat'nya menjadi kenyataan. Impian Along! Ingin menjadi seorang pembunuh yang berjaya dalam kariernya! Huhahah...

Along memusingkan semula tubuhnya, lalu meneruskan langkah. Setiap derapan kaki bersama hati yang membara. Memang sengaja minah tu meng'hangat' hati perut Along. Silap hari bulan, Along menjadi tidak perikemanusiaan kerana minah biru laut itu. Memang kejam. Minah tu pula macam suka meng'hangat'kan hati perut Along.

Along melangkah pergi dengan gaya seorang lelaki yang macho yang baru saja dihangatkan oleh seorang 'minah'! Serius!

Matanya memandang sekeliling. Kaki menjejak diatas escelator. Dia kaku diatas escelator tersebut. Tapi, mata masih meliar merata. Itulah tabiatnya. Suka memandang merata. Suka melihat gelagat orang lain yang menghiburkan hati. Tapi kadang-kadang ada juga yang menyakitkan hati macam minah tadi. Oh, sudah! Lupakan saja minah kerek tu. Hiburkan hati! Yahoo!

Direnung pintu bas yang belum terbuka. Sepasang suami isteri berada dibelakang Along. Dia perasan! Dia memusingkan tubuh, lalu membuat gaya memberitahu pintu tidak dibuka. Macam bisu! Sebenarnya berat mulut hendak bercakap. Telah dipasang manggar. Oleh minah biru laut itu. 'Ish, apasal pula aku nak ingatkan dia. Dah! Syuh! Syuh! Pergi main jauh-jauh,' getus hati Along.

Sekarang mahu ke mana? Along fikir-fikir mahu naik semula ke atas. Sebenarnya dia mahu menjelajah. Tadi dia belum sempat menjelajah satu kafe itu lagi. Pembunuh mood bersiri telah merosakkan moodnya. Ah, sudah! Apasal dari awal tadi, asyik betul dia memikirkan hal minah biru laut itu? Semak betul!

Dia menghentak kaki perlahan. Tidaklah seperti dinasour mengamuk. Hanya burung pipit mengamuk. Hakhak....Bahagia sendiri! Matanya tertarik hendak merenung sebelah kiri. Pap! Minah biru laut ada! Terus rasa nak pitam. Jumpa lagi! Ya Allah! Tak ada manusia lain ke di dunia ini? Balik-balik muka itu. Sudahlah lagi tiga jam sebelum sampai Hentian Duta, nak kena mengadap muka minah biru laut itu. Semak! Semak!

Terus datang migrain yang terjerit-jerit suka. Along merenung minah itu. Minah itu pun merenung balik. Aik? Pakat jeling menjeling ke? Along buat selamba. Kakinya mengorak langkah pergi dari situ. Malas nak mengadap muka dia. Huh! Along buat muka burung unta berlagak! Muncung saja mulutnya.

Tetiba matanya terarah pada satu benda yang bagi seorang wanita, memang penting. Bedak compact! Dia mengambilnya lalu memandang sekeliling. Memerhati manusia disekitarnya. Tidak kelihatan pun manusia seperti mencari-cari barangnya yang terlupa. Tak ada! Sekarang nak buat apa? Along mati jerawat! Tak tahu nak buat apa.

Along mengeluh. Akhirnya, dia buat keputusan....