Wednesday, May 11, 2011

Mahukau!

"Confirm?"

"Yup!"

"Sure?" Ditanya lagi.

"Double yup." Jawabnya bersama anggukan yang penuh yakin.

"Yakin?"

"Kau nak aku tendang kau sampai tergolek-golek ke?" Penat menjawab! Dah berapa kali diulang jawapan yang bebeza tapi maksud yang sama, tapi masih lagi bertanya. Siapa yang tak geram? Baby yang baru lahir seminggu pun geram kalau disuruh berjalan dah. Haish...

Rakan disebelah dijeling habis. Megat ketawa kecil sambil menoleh memandang Hadzril sudah geram. Dijeling sekali lagi Megat disebelah.

"Gelak gelak! Suka aje kau ek?" Hadzril mencebik. Geram dengan gelagat Megat yang asyik ketawa dari tadi.

"Mana ada. Okeylah. Ikut kau lah. Aku on jer." Dia sudah kurangkan ketawa kudanya itu.

Hadzril sudah bangun bersama kertas di tangan. Baru separuh badannya bangun, terbeliak matanya! Teringat sesuatu! Megat memandang pelik!

"Asal kau?"

"Akak aku!"

"Hah! Kenapa dengan dia? Sembelit ke?" Lepas itu, dia ketawa dengan katanya sendiri.

Hadzril menggaru-garu kepala sambil buat muka sepuluh sen. "Matilah aku..." meleret sahaja suaranya. "Kenapa?" buat sekian kalinya Megat bertanya. Wajahnya sedikit menampakkan kerutan didahi. Dia pulak yang tolong berfikir untuk Hadzril yang macam dah terberak buah durian.

"Haish! Kau ni...Aku tanya ni, kenapa dengan kakak kau?!" Sedikit meninggi suara macho Megat. Geramlah tuuu....

"Kakak! Aku lupa ambil dia dekat pejabat! Mampus aku..!! Arghhh..!!"

"Ok! Aku terpaksa bersetuju dengan kau...kau bakal..." Hadzril terhenti menjerit lalu memandang Megat. Menantikan ayat yang bakal Megat keluarkan.

"Mampus..." Perlahan saja suaranya. Hadzril tunjuk muka kesian.

Kesian pulak Megat tengok. 'Kalau la aku ni banyak idea jahat,' fikir Megat sambil mengeluh. Hadzril menoleh memandang Megat yang tertunduk. 'Asal pulak dia ni? Mengeluh tiba tiba. Aku yang ada masalah dia yang lebih lebih,' bisik hati Hadzril.

"Kau ni asal? Abang Yem kau dah tinggalkan kau ke?" Abang Yem merujuk kepada kucing Megat yang ditatang macam anak sendiri. Saja dipanggil Abang Yem sebab Megat minat betul dengan video itu.

"Hahaha..." terus Megat melepaskan ledakan ketawa lambak dia. Dipegang perut menahan sakit sebab gelak. Ada juga manusia yang macam tu ek? Terangkat kening kiri Hadzril. "Tak ada ape, tak ada ape. Aku gelak sebab tiba-tiba teringat video tu. Hahaha...." disambung kembali ketawanya.

Tidak lama kemudian, Hadzril juga turut ikut ketawa. "Gila ah! Tapikan video lagi satu lagi best, alah video yang Gelimat tuhhh..! Haha...kucing kacang batik, Muthu kata lentik!" Ah, sudah lari topik sudah mereka.

"Eh! Kau ni tunggu apa lagi? Pergi ajelah cepat jemput kakak kau! Lagi lambat berdouble kakak kau marah lagi nanti. Dah! Gerak sekarang!" terus mati tawa Hadzril. Dipandang lambat-lambat Megat disebelah. "Bangunlah!" sergah Megat sekali lagi.

Kalut-kalut Hadzril bangun. Kemudian teru laju dia melangkah keluar dari kelas. Rancangan nak pergi makan terpaksa dibatalkan. Menggeleng-geleng kepala Megat. Dia bangun lalu bergerak keluar dari kelas juga. Perut pun dah dendangkan lagu Amuk, lebih baik dia bangun dan makan seorang. Kalau tunggu Hadzril, alamatnya kebulur la dia.

***************************************************************

Hadzril resah menunggu didalam kereta. Berbagai-bagai alasan dipilih. Jenuh memerah otaknya agar memikirkan alasan paling logik. Kejap tangannay mengetuk-ngetuk stereng kereta. Resah hati belum lagi reda. Bertambah lagi adalah apabila melihat kakaknya keluar dari pintu banguan pejabat pentadbiran tempat kakaknya kerja.

Pintu kereta dibuka. "Dah lama tunggu? Sorry! Akak lupa nak cakap dengan kau, tadi akak ada meeting tergempar. Maafla ye dik."

Hadzril lega tahap gaban! Dia mengeluh perlahan. "Oh tak apelah. Bukannya salah akak." Hadzril berlakon.

'Pandai juga aku berlakon. Hak3,' tawanya dalam hati. Tapi mulut menguntum senyuman.

"Kenapa kau senyum? Ada apa-apa yang menarik ke hari ni?" tanya kakaknya pelik. Sedikit terangkat kening kiri.

"Oh, tak ada apa-apalah. Cuma nak senyum hari ni. Kan senyum tu sedekah." Alasan semata-mata!

"Ah, lantak kaulah!" Malas Azlin nak fikir. Letih dibadan belum hilang lagi. Nasib tak teruk sangat meeting tadi. Haishhh, macam macam betullah pihak atasan nak. Kalau nak buat ajelah sendiri, bebelnya dalam hati.

"Kau tak ada kelas ke petang ni?"

"Ada. Kejap lagi. Lecturer baru!" sambutnya gembira. Almaklumlah, pensyarah sebelum ni sangat kerek! Haiya!! Mau mati dengan perangai pensyarah sebelum ni.

"Harap-harap perempuan ek?" duga akak dia.

"Errr....errrr..." kelu terus mulut dia. 'Macam mana lah dia dapat teka dengan betul ni? Adesss,' bisik hati Hadzril.

"Macamlah akak tak tahu kau tu. Bab lecturer perempuan ja, laju ja. Tak adanya slow-slow. F1 pun kalah. Mau meraung guling guling Micheal Schumacher." Azlin sudah mula merepek. Habislah Hadzril jenuh menadah telinga. Pot pet pot pet.....Azlin sudah mula bercerita. Alamatnya sampai rumahlah Hadzril kena mengadap kakaknya membebel.


10minit berlalu.....Azlin masih lagi....pot pet pot pet.....

***************************************************************

"Dah?"

"Setel! Lega sangat. Nasib dia tak tahu hal sebenar." Hadzril menarik nafas lega.

"Alah, kalau pun dia tahu belum tentu dia marah, lagipun kan dia juga yang lambat dan lupa nak bagitahu kau." Ucap Megat selamba. Dia masih tertacap memandang satu sudut. Agaknya sudut tersebut menarik sangat minat dia sampai tidak beralih sedikit pun matanya. Apa juga yang menarik minat Megat tu? Tertanya tanya juga hari Hadzril.

Last-last dia pun pandang arah yang sama juga. Tak ada apa sangat pun. Cuma ada...

"ADUH...!"

Kertas berterbangan. Megat tergamam. Mulutnya sedikit ternganga. Ramai yang memandang mereka. Scene yang cukup mantap. Macam dalam filem pulak kalau diperhatikan. Okey! Cuba bayangkan!

Hadzril memandang sepi seseorang disebelahnya. Perempuan itu baru saja bangun dari mengutip kertas dia yang terbang melayang sini sana. Hadzril juga. Usha bagai nak rak haih si Hadzril. Macam tak pernah jumpa perempuan. Si perempuan tu juga memandang malu-malu terhadap Hadzril. Segan agaknya. Dua kali segan kot! Pertama, berlaga bahu dengan Hadzril, kedua, pandangan Hadzril tu agak menakutkan. Macam nak telan orang saja!

"Maaf! Maaf! Maaf!" tetiba Hadzril buat suara macam Nabil Raja Lawak. Membulat matanya. Apa lagi? Orang sekeliling pulak yang ketawa over. Hahaha...

Tapi, perempuan tu menunduk malu. Dah macam nak menangis pulak Hadzril tengok. Hadzril pulak tak senang duduk. Dia pulak yang menggelabah. Megat yang melihat keadaan Hadzril agak tergamam dan rasa nak ketawa pun ada. Belum pernah-pernah lagi Hadzril bertindak sedemikian. Kalut semacam.

"Tak per, tak per. Benda kecil jer." Megat redakan keadaan perempuan itu apabila Hadzril juga turut kalut. Agaknya kalau dibiarkan, Hadzril mesti hayun sekali menangis dengan perempuan tuh. Agaklaaaa....

Rakan perempuan tersebut menarik dia dan mereka berlalu pergi hilang disebalik dinding yang melepasi Hadzril. Hadzril pulak tergamam disitu. Mereka yang lain sudah berlalu sambil tersenyum dan tak kurang juga yang mengeleng kepala sambil tersenyum. Seronok agaknya dapat tengok drama free.

"Kau apasal?" terus Megat sergah tika mendapatkan Hadzril yang dah kembali tenang. Err...berlagak tenang. Dalam hati jangan cakaplah, tiba tiba dia pulak yang rasa gundah semacam. Padahal benda tu hanya small matter ja. Hailah...

"Errr...apasal apa? Aku ok jer." Pura-puralah kononnya tenang. Padahal dalam hati dah macam nak banjir rasa resah tuh.

Megat tahan gelak. Macamlah sehari dua dia kenal si Hadzril ni. Haha. Hadzril, Hadzril...

***************************************************************

"Kau apasal tadi? Macam nak menangis jer aku tengok. Tak pernah-pernah dibuat kau." Tanya Hana pelik. Terkejut juga dia melihat si Nadiah tadi yang tiba-tiba macam apa tadi. Macam nak menangis pun ada. Comellah pulak time tuh. Haha...

Tiba-tiba Hana gelak.

Pap!

"Hadoi!! Cek Molek!!!" jerit Hana. Sambil tu tangan mengusap-usap lengan. Sakit ditampar Nadiah.

"Sakit tau tak. Dahlah tamparan Anita Sarawak kau tu sakit lagi memedihkan, tau tak?"

"Sapa suruh usik aku."

"Alolo, comel sangat la muncung mulut tuh? Bajet comel ek?"

"Jeles ke?"

"Buang masa." Selamba Hana membalas. Lengan masih disapunya. Pedih sungguh tamparan Nadiah.

"Hah! Sebelum aku terlupa...." meleret pulak suara Nadiah.

"Apa?" Hana dah terkinja-kinja excited. Ditunjuk pulak wajah comel lote tuh. Nadiah nak ketawa tapi ditahan. Nanti panjang pulak soalnya. Minah Kepoh seberang jalan pun kalah.

"Asal kau gelak tadi?"

"Larh itu jer soalan? Tak ada soalan lain lagi?"

"Belum tiba saatnya." Balas Nadiah malas. Banyak pulak songehnya. Jawab ajelah soalan tuh.

"Owh ok. Tapi bila tuh?"

"Haiya!!! Jawab ajelah soalan tadi tuh. Soalan lain, aku buat talian hayat seterusnya pulak."

"Yelah, yelah. Errr..apa soalan kau tadi?" Nadiah tepuk dahi! Hana buat muka tak bersalah. Sekali pandang macam muka pecah pintu pun ada.

"Dahlah. Nanti ajelah aku ulang. Buat masa sekarang tutup dulu pintu ulang siaran. Sekarang nak makan kat mana? Lapar ni." Rengek Nadiah.

"Mulut..."

PAP! Kena lagi penampar...

"Hadoiiii....!!!!"

"Serve you right...."

***************************************************************

"Mana kelas woi???!!!" Jerit Akasya.

Dia dah geram tahap Tanjung Rambutan dah tu. Geram bila Hadzril yang telah diberi tugas untuk melihat kelas kat mana, dia boleh pulak terlupa. Hadoi!

"Err...aku rasa kat blok C..." terketar-ketar Hadzril menjawab sambil membelek kertas yang dari tadi dipegangnya.

"Haiya...lu ni. Manyak bikin susah wooo..." selamba Akasya menuturkannya. Sebenarnya bukan dia marah pun. 'Hahaha...' gelak Akasya dalam hati.

Tibanya mereka disatu kelas, terus diterjahnya masuk. Tanpa bagi salam, tapi bagi apa-apa signal terus duduk dikerusi belakang. Tanpa mereka sedari, banyak mata memandang mereka. Termasuklah yang buat kening ala-ala ditarik kening tu keatas.

Akasya dan Hadzril duduk. Keluhan dilepaskan. Kertas ditangan dibuat kipas. Terhuyung-hayang kertas atas bawah tu. Sejuk sikit badan. Lelah berlari. Mata dipejam. Suasana kelas jangan cakaplah. Senyap sunyi!

"Err...boleh saya bantu anda berdua?" satu suara menyapa. Akasyadan Hadzril membeliakkan biji mata. Tak semena-mena pergerakan mereka kaku. Semua dalam kelas kaku. Tiba-tiba ada bunyi cengkerik! Dari mana datang?

"Err...Maaf! Maaf! Maaf! Silap kelas." Terus Akasya bangun sambil menarik tangan Hadzril yang dah kaku macam jumpa Kuntilanak.

Bapak kuat bunyi tapak kasut mereka berlari! Tidak lama kemudian....

HAHAHAHA...satu kelas ketawa terbahak-bahak. Termasuklah pensyarah yang berada di dalam kelas tersebut. Agak lama juga mereka ketawa sebegitu rupa, dan akhirnya redha setelah pensyarah tersebut berkata "Sudah-sudah. Sambung balik Calculus kita ni." Suasana akhirnya redha dan kembali seperti biasa.

"Kau ni. Macam mana boleh tersilap kelas?" Akasya bersuara keletihan setelah mereka didalam kelas. Kelas yang betul!

"Manalah aku nak tahu. Dia tukar saat-saat akhirlah kot." Bela Hadzril. Bukannya salah dia. Haiyaaa....

Bila difikirkan balik, nak tergelak pun ada.

Akasya dan Hadzril berpandangan. Kemudian, muntah terus ketawa mereka. Memang tak patut! Boleh lagi bantai gelak kat situ. Padahal lecturer kat depan tengah mengajar.

"Hoi..! Apa yang kamu gelak tu kat belakang. Sudahlah masuk lambat. Ada hati pulak nak gelak kuat-kuat. Korang ingat ni kelas 'Kedai Jom Gelak Beramai-ramai' ke ha?" Terdengar Cik Mun dah menjerit dari bawah. Terus mati ketawa mereka. Yang lain dah senyum-senyum kambing. lembu, ayam, semua adalah.

"Apa senyum-senyum?" Akasya menderam memandang rakan kelas dia di depan yang terhenjut-henjut bahu menahan ketawa. Mata dah macam Megan Fox! Seksi tuhhh....Hak3! Sempat lagi tu Akasya berkata dalam hati.

"Senyum kat korang la. Macam kena kejar dek tenuk. Haha..." sambung lagi ketawa tapi masih dikawal. Haru dibuatnya kalau terlepas. Mau Cik Mun tuh suruh lawan gelak kat depan kelas nanti.

Tiba-tiba Akasya pula yang tersenyum seorag diri. "Hah! Ni sorang lagi. Tersengih-sengih sorang diri macam ketam busuk. Ada mimpi pelik-pelik ke malam tadi Encik Akasya oiiii...???!!!"

Hamik kau! Cik Mun dah terjerit-jerit mengalahkan janda gila bayang kat bawah tuh. sambil cekak pinggang. Ah sudah! Akasya dah kalut tapi cuba dicontrol. Tak macholah kalau gelabah tak tentu pasal. Yang lain tersenyum dan menahan senak perut kerana ketawa. Hadzril dah senak perut! Sebab ketawa berlebihan! Over!

"Err...tak dak apa-apa Cik. Just misscommunication aja." Hak3...! Akasya bantai gelak dalam hati! Nak sangatkan...

"Kite bako aje!" tetiba Cik Mun sambuk dari bawah dengan lantang. Dengan secara tiba-tiba kelas senyap sunyi. Semua beralih dengan pantas ke depan memandang Cik Mun! Cengkerik berbunyi lagi. Semua kaku! Mulut masing-masing menganga. Cik Mun pun sama. 'Alamak macam mana aku boleh terlepas nih..?! Kantoi lah aku tengok cerita Hantu Kak Limah balik rumah. Padahal aku cakap dengan diaorang aku tak tengok cerita budak-budak tuh,' serunya dalam hati. Kantoi sudahh...! Alahai, dramatiknya.

"Okey. Sambung balik hal tadi. Saya berhenti dekat mana ya?" control habis Cik Mun. Pipi dah blushing habis. Muka dah macam cemberut. Yang lain pun pura-pura tak dengar apa dia cakap tadi.

"Muka surat 96 Cik..." sambut seseorang dari bawah. Kelas sambung seperti biasa tetapi sumpah! Memori ni semua akan ingat. Agaknya kalau ada CCTV masa tuh pasti diambil dan sebarkan satu universiti. Tajuknya 'Singa betina kantoi sudahhh'.


Dikelas sebelumnya.
Wanita bertudung hijau itu memandang rakannya disebelah. Pandangannya seolah-olah baru saja menang loteri, agak la...

"Kenapa pandang aku macam tu?" rakannya bertanya.

"Kau tak kenal ke mamat yang baju warna ungu tuh?"

"Mana?" buat-buat tak tahu. Padahal dah menyirap darah serbu ke muka time mamat tu masuk kelas dia tadi.

"Hishh. Yang masuk tadi tulah. Yang baju ungu tuh. Takkan kau tak kenal pulak? Kan dia tuh yang kau berlaga hari tu." Jelas Hana.

"Oh yeke?" Nadiah pura-pura tak minat.

"Hish, minah ni. Slow larh pulak. Dah larh. Nanti sambung balik pasal mamat tuh. Aku ada dengar cerita-cerita sikit pasal dia. Hehe..." Suka aja Hana ni bergosip. Sempat lagi dia menyelidik pasal lelaki tuh. Kalah Nadiah yang berminat lebih dari dia.


***************************************************************

Kerusi ditarik. Punggung dihenyak ganas. Penat? Jangan cakaplah. Terasa nak tercabut kepala lutut Hadzril. Dia berseorangan saja dekat ruang rehat sebuah blok yang menempatkan tempat mereka berkuliah. Akasya dengan yang lain dah balik. Dia sengaja bersendirian sekejap.

'Ah, air dulu lah sebat. Dahaga pulak,' fikirnya. Kemudian dia bangun lalu berpusing mengadap ke belakang kerana mesin air tin berada disitu tapi belum sempat apa-apa, dia mendapat kejutan air terjun yang terbang dari langit. Hadzril memandang bajunya.

"Arrghh...!! Sorrry, sorry, saya tak sengaja. Maaf!" Suara seorang perempuan bersuara. sambil mengibas-ngibas baju Hadzril. Laju saja Hadzril angkat muka. 'Ah! Dia lagi! Jodoh kami agaknya. Hehe..' sempat lagi ketawa suka dalam hati. Bibirnya hampir mengukir senyuman, namun mati lebih awal senyumannya apabila melihat rakan perempuan itu memandangnya dengan cukup teliti. Macam nak ditelek satu-satu muka dia.

"Errr...tak pa tak pa. Bukan salah awak. Salah saya tak tengok belakang time nak pusing." Hadzril mengukir senyuman tatkala perempuan itu memandangnya. Nadiah sudah terpana. Gerak tangannya yang mengibas-ngibas baju lelaki itu terhenti. Terkaku dia disitu.

"Maaf..." segaris ayat membuatkan Hadzril tersenyum suka dan senang secara tiba-tiba. Tekak pun dah tak dahaga lagi. Mahu taknya! Dah kena simbah dengan air milo takkanlah nak dahaga lagi!

"Eh takper lah. Bukan salah awak seorang. Salah saya jugak."

"Tapi saya yang buat baju awak dah warnanya pelangi." Nadiah dah rasa bersalah. Nasiblah baju dia warna ungu, jadi tidaklah kelihatan sangat warna milo tuh.

"Takperla pelangi pun. Bukan selalu. Cantik apa. Kira unik la baju saya nih. Belum pernah dibuat orang corak pelangi secara live." Sempat lagi dia buat lawak antarakampus. Muka bodoh ditayang. Nadiah ada rasa nak gelak dengan Hana. Tapi ditahan. Nadiah kalau gelak memang over.

"Err...biar saya basuh saja baju awak." Putus Nadiah tiba-tiba. Hadzril terus pandang Nadiah. Hana tercengang. Tak sangka Nadiah boleh buat keputusan sedemikian.

"Eh tak apalah. Sikit saja ni." Hadzril pura-pura tolak padahal dalam hati dah suka sakan. Sebab boleh jumpa lagi.

"Tak apalah. Saya yang perlu bertanggungjawab."

"Yalah kalau awak dah paksa." Sebenarnya boleh saja dia tolak lagi tapi takut juga kalau Nadiah mengalah, tak jadi pulak rancangan nak berjumpa lagi. Hahaha...gelaknya dalam hati.

"Tapi takkan saya nak bukak kat sini. Kalau saya bukak saya nak pakai apa?"

Masing-masing diam. Ya tak ya juga. Takkanlah Hadzril nak buka baju kat situ. Nanti ada juga report kat pejabat HEP ada pelajar berkelakuan tidak senonoh.

"Awak bagi lepas kelas nanti. Means nanti kita jumpa lagi." Saran Hana. Nadiah dan Hadzril mengangguk serentak.

"Erm, ok juga, tapi korang ada kelas ke sekarang?"

"Ada, dan sebenarnya dalam perjalanan larh ni. Awak?" Hana pula yang hebat bersuara. Si Nadiah dah senyap. Malu agaknya. Tak pun segan.

"Saya tak ada. Saja rehat-rehat kat sini. Baru habis kelas." Mesra pulak Hadzril hari ni. Mulut bersuara tapi tumpuan ke arah lain. Ke arah Nadiah yang tersipu malu!

Gatal juga Hadzril ni. Rasa mahu mengusik Nadiah masih ada memandangkan dia melihat Nadiah yang sudah blushing pipi. Suka pula dia mengusik. Hana buat-buat tak nampak dengan pandangan Hadzril.

"Baiklah kami pergi dulu." Seraya itu Hana menarik tangan Nadiah yang dah gigit hujung fail sebab malu.

"Okey, saya tunggu sini!" Jerit Hadzril setelah Hana dan Nadiah agak jauh dari dia. Terhias senyuman dibibirnya.

"Okey!" Balas Hana sambil mengenyit mata. Hadzril tersenyum lalu tergelak kecil. Hadzril kembali duduk ditempatnya. Cancel terus nak beli air tin. Terus tekak dia terasa hilang dahaga. Semudah itukah? Haiyooo...

40minit berlalu tapi Hadzril rasa lambat sangat masa berlalu. Selalunya 40minit dirasakan sekejap tapi hari ni terasa lama sangat berlalu. Kejap dipandang jam, kejap dipandang sekeliling. Menanti siapakah? Kejap keluhan dilepaskan. Macam kucing hilang anak saja Hadzril. Anak angkat jer sebab Hadzril tak boleh beranak. Hehehe....

'Kebosanan aku macam ni,' fikirnya. Akhirnya tangan menyelak naskah buku yang berada dihadapannnya dari tadi. Cuba difokus terhadap pembacannya, tapi sudah hilang. Melayang entah ke mana. Jasad saja disitu tapi jiwa berada ditempat lain.

"Awak...."

PAP! Buku dengan slumber beruknya ditutup dengan tangkas. Automatik badannya berpaling. Tudiah! Jiwanya sudah sampai.

Hadzril hanya tersenyum. Senyuman ikhlas dihulurkan. Nadiah terpana. 'Alahai, kenapalah manis sangat senyuman dia nih. Karang tido tak lena aku malam nanti. Asyik teringat senyuman tuh. Susah aku.' Bisik kata hati Nadiah. Dia kaku.

"Ye?" Hadzril bersuara. Pap! Nadiah kembali ke alam nyata setelah berabad lamanya menyelami alam maya.

"Errr...baju awak. Saya nak bawak balik, saya nak basuh." Ucap Nadiah macam orang kena rasuk. Baik dan penuh sopan santun. Macam bukan diri dia yang sebenarnya.

"Ohh. Kejap err saya ke bilik air dulu. Saya bukak kat sana." Hadzril bangun dan mahu berlalu ke bilik air yang berdekatan dengannya.

"Habis tuh awak balik nanti nak pakai baju apa? Tak ke seksi awak nanti, kalau orang tengok awak tak berbaju? Ada juga nanti yang kena usung pergi hospital berdekatan. sebab pengsan. Haiyooo." Hai, banyak pulak cakap Nadiah. Sebelum ni tak juga dia bersuara sehebat itu tika dengan Hadzril. Hadzril ketawa kecil. Lawak pulak tengok gaya Nadiah yang macam drag queen. Muncung-muncung mulut dia. Haha..

"Tak per. Saya ada baju dalam."

"Baju dalam??!! Biaq betoi??!!" Nadiah dah fikir lain. Sedikit kuat suaranya. Nasib orang tidak ramai tika itu. Hanya ada 4 orang saja termasuk mereka. Yalah, kelas dah banyak habis waktu petang-petang begini.

"Maksud saya baju pagoda." Hadzril membetulkan tanggapan Nadiah yang dah fikir lain. Bibirnya masih mengatur senyuman.

"Owh..." muncung lagi mulutnya. 'Malunya. Macam manalah boleh terkeluar perangai tidak sopan lagi santun nih. Haishh..itulah main terjah lagi. Kan dah dapat malu.' Bisik hatinya kesal. Tiba-tiba saja boleh terkeluar perangai sebenar dia.

Tidak lama kemudian, sebuah beg plastik bertukar tangan. Kini Hadzril hanya berbaju pagoda. 'Hai, terpaksalah balik macam ni,' seru hatinya.

"Baiklah, saya pergi dulu. Jalan elok elok nanti. Agak-agak kalau ada yang mengorat awak bagitau saya, biar saya belasah diaorang." Sempat lagi Nadiah berpesan tetapi ayat terakhir diperlahankan suara. Malu cek oi kalau Hadzril dengar. Terangguk-angguk Hadzril. Agaknya tidak dengar ayat terakhir tadi.

Mereka berpisah disitu.

***************************************************************

Sampai ke asrama, Hadzril masih tersenyum. Hari ni merupakan antara hari bahagia dia gamaknya. Pintu bilik dibuka perlahan. Salam diberi. Teman sebiliknya menjawab salam. Hanya ada seorang jejaka saja dalam bilik. Yang lagi seorang melancong ke mana entah, tidak jua dia ketahui.

"Hah! Asal lambat balik? Ni apahal yang tersengih-sengih ni? Dapat makwe ke?" tanya Bazli tapi mata masih mengadap laptopnya. Main game larh tu. 'Hampit dapat...hehe,' tawanya dalam hati.

"Adalah sibuk aje kau ni."

"Eh, mana baju kau? Sejak bila kau dah pandai pergi kelas pakai pagoda jer?" sampuk Akasya yang baru saja masuk ke bilik Hadzril. Bilik mereka bersebelahan saja. Hadzril duduk dibirai katilnya, disambung pulak Akasya. Mereka duduk bersebelahan.

"Kalau macam tuh, aku pun nak join. Tak kena marah ke?" tanya Bazli sengal.

"Ada peristiwa berlaku la. Bukannya aku nak sangat pakai baju pagoda nih ha. Buat malu aku jer." Sambut Hadzril laju. Tiba-tiba dia terkenang kembali peristiwa tadi. Tragik sungguh! Biasalah. Ironu kehidupan. Drama dalam kehidupan. Ahakz...

"Peristiwa ape? Ceciter ceciter..." Bazli masih dengan gamenya tapi telinga dok pasang.

"Tak ade yang penting sangat pun. Dahlah. Aku nak pergi mandi dulu."

Yang lain senyap. Maksudnya bukan mereka mengalah tetapi mengatur strategi untuk membuatkan Hadzril menceritakan hal petang tadi. Hehehe...Hadzril bergerak keluar disoroti mata Bazli dan Akasya. Kening double jerk. Bibir atur senyuman jahat.

***************************************************************

Lima hari sudah berlalu, tapi baju Hadzril masih lagi ada pada Nadiah. Terlupa dia nak minta nombor telefon Hadzril. Akibatnya dia tak boleh nak serahkan baju Hadzril. Nadiah duduk dibirai katil sambil merenung baju diatas mejanya. Rakan sebiliknya terkejut macam mana baju kemeja ungu seorang lelaki boleh ada dalam bilik mereka. Nadiah tersenyum bila memikirkan macam mana kepohnya lorong biliknya, apabila dapat tahu Nadiah bawa balik baju seorang lelaki. Sudah tuh, dibasuhnya. Memang kontroversi habis. Popular larh dia. Nasiblah tidak sampai ke pengetahuan warden, kalau tidak, mahu disoal siasatnya habis-habisan.

"Ditenung-tenung baju tu macam la tuan baju tu boleh keluar kot situ." Sergah Aishah dari belakang.

Kus semangat! Terkejut Nadiah. Memang nak kena dah si Aishah ni. Nasiblah dia tidak melatah. Kalau dia melatah memang teruk lah latahnya. Silap hari bulan diambilnya parang ligan si Aishah.

"Kau ni. Tak ada salam ke? Len kali bagilah salam dulu. Ini main terjah aje. Ingat aku ni apa, Nas Ahmad?" sempat lagi dia berseloroh.

"Mana la nak tahu. Mana si Hana?" tanya Aishah setelah dia rasakan bilik tuh agak senyap sunyi. Selalunya mulut si Hana akan berbunyi bising menandakan dia ada dibilik. Tapi kali ni senyap saja.

"Entah. Aku balik tadi pun tengok dia dah tak ada. Adalah kot pergi mana-mana. Tak ke manalah makcik tuh, akhirnya balik bilik juga. Takkan la pulak dia nak tinggalkan barang-barang dia kat sini."

"Hisy kau ni. Panjang pulak tazkirahnya. Padahal aku tanya sikit jer. Membebel punyalah lama." Terus Aishah ketawa. Disambut pula Nadiah.

"Bila kau nak pulangkan baju ni?" tanya Aishah setelah berhenti ketawa.

Nadiah jongket bahu. "Entah. Aku nak hubungi dia pun tak tahu macam mana. Terlupa hari tu nak ambil nombor telefon dia."

"Handsome tak dia tuh?" eh, eh, lebih-lebih pulak. Aishah tak excited nak tahu.

"Sibuk ajelah kau ni. Kalau ya pun, asal? Kau nak mengorat ke?" Cemburu pulak Nadiah.

"Alah kau ni. Jangan la cemburu tak tentu pasal. Aku saja jer tanya. Habis tuh kau nak aku campak mana si Ashful tuh?"

"Tau pun kau. Tapi cute doeeee...Muka macam cina sikit. Rambutnya style kot." Suka pulak dia membayangkan sekali lagi wajah Hadzril.

"Nama dia apa?"

"Entah. Aku terlupa nak tanya."

"Apalah kau ni. Teruk sangatlah. Macam mana boleh terlupa semua tuh. Kalau aku, dah lama aku korek dalam-dalam kisah dia. Hahaha...." sambung ketawa lagi.

"Itu kau, ni aku. Tak tahu la Sya. Bila depan dia ja, aku kelu lidah-lidah."

"Kau suka dia ek?" korek Aishah.

"Banyaklah kau. Entah-entah dah ada awek keliling pinggang. Nanti tak pasal-pasal aku kena serang." Tapi dihati harapannya agar dia masih lagi single mingle triangle. Hehe...

"Takkanlah. Kalau tidak mesti dia tak bagi baju tuh. Kau nak mampos dibuatnya awek dia tahu. Konpem putus punyalah." Yakin-yakin aje Aishah nih.

"Yelah tuh..."

***************************************************************

Nadiah di kedai buku. Mahu membeli sesuatu. Hana ada diluar menunggu sambil memandang sekeliling melihat pelajar-pelajar lain yang lalu lalang depannya. Tak kurang juga yang menyapanya.

Nadiah membelek beg. Kemudian dia ternampak bungkusan berisi baju. 'Hai, bilalah aku nak jumpa lagi dengan tuan punya baju ni?' keluhnya dalam hati.

Tiba-tiba bungkusan tersebut tercampak ke bawah. Nadiah menderam geram. 'Sapa pulak yang berani.....' kata hatinya mati disitu. Dipandang orang yang terlanggarnya.

"Err...Sorry. Maaf! Saya tak...." kata lelaki itu turut mati disitu setelah terpandang raut wajah Nadiah. Perlu ke banyak sangat scene-scene yang membabitkan perlanggaran? Ironi betul!

"Awak!" Kata mereka serentak.

"Jumpa lagi!" Serentak lagi....

"Errr..." Okey, kali ni Nadiah saja yang berkata.

"Baju tu...." Hadzril pura-pura tanya. Padahal dia tahu baju sapa.

"Owh! Nasib kita jumpa dekat sini. Ni baju awak." Diambil bungkusan berisi baju dan diserahkan kepada Hadril. Hadzril sambutnya perlahan-lahan. Macam taknak terima pun ada.

"Terima kasih..." luah Hadzril perlahan dan meleret-leret.

'Mati kebosanan aku kalau dia cakap macam tuh. Lembut semacam,' desis hati Nadiah.

"Tak apelah, saya pergi dulu." Segera Nadiah berlalu. Terlupa terus barang yang nak dibelinya. Laju-laju dia melangkah keluar lalu dicapai tangan Hana dan terus berlalu tapi agak dia sudah jauh dari kedai buku itu seseorang menjerit.

"Awak! Nombor telefon!!" jerit Hadzril dari jauh. Langkah Nadiah terhenti secara mengejut lalu menoleh memandang belakang. Kelihatan Hadzril tersenyum sambil melambai-lambai menggunakan bungkusan baju. Orang lain dah pandang pelik. Megat dan Akasya dari jauh berpandangan lalu tersenyum.

***************************************************************

7 tahun kemudian....

"Mak!!!!" Jerit Nadiah.

"Ye!!!" Jerit mak dia kembali.

"Haish kau ni. Kalau ye pun tak payahlah nak menjerit. Mak kat bilik sebelah aje. Lebih-lebih pulak minah ni." Bebel mak setelah masuk bilik Nadiah. Kerut didahi tertulis elok.

"Hehe..Saja nak jerit. Minah mak cakap? Ini bini oranglah. Sikit lagi dah jadi mak orang tau." Segaris senyuman terukir panjang dibibir kedua-dua beranak itu. Mak duduk disebelah Nadiah yang ada diatas katil sedang duduk bersila.

"Mana abang kau?" tidak pula dia nampak pagi ni laki si Nadiah. Selalunya ada saja pagi-pagi.

"Oh, abang ke kedai pak oteh agaknya." Jawab Nadiah ringkas.

"Dia pergi buat apa?"

"Mana la Nadiah nak tahu. Tau-tau aje dia dah hilang pagi ni. Rasanya dia ada cakap masa pagi tadi, tapi Nadiah tengah mamai time tu. Main agak-agak ajela sekarang ni."

"Banyaklah kau punya agak-agak...dia..."

Pon! Pon! Belum sempat mak mengatur ayat seterusnya, kedengaran bunyi hon kereta dari luar.

"Sape tu mak?" tanya Nadiah.

"Mana larh nak tahu. Pergilah tengok."

"Jom mak..."

"Jom."

"Tolonglah Nadiah kejap mak." Ucap Nadiah termengah-mengah. Maknya sudah sampai dimuka pintu bilik.

"Eh, lupa pulak mak dengan kau. Alolo. siannyer..." ejek mak.

"Amboi, suka aje mak usik orang ek?" Dia tersenyum. Mak ketawa bahagia.

Mereka segera ke pintu dan memandang luar. "Larh, abang rupanya. Pergi mana tadi? Pagi-pagi lagi dah hilang. Tau la kat kampung sekarang ni." Bebel Nadiah.

"Abang pergi kedai pak oteh kejap tadi. Semalam dia suruh datang kedai ambil pisang. Kan hari tu abang ada tercakap nak mengidam pisang tanduk. Jadi, dia dah beria-ria pergi ambil dekat kebun. Padahal abang tak minta pun. Sian pula dengan dia. Sudahlah tua. Terima kasih bebanyaklah pak oteh oi..." panjang lebar Hadzril terangkan kepada isteri tersayangnya itu. Tangannya memegang pisang yang baru dibawa keluar dari kereta.

"Abang terima kasih kat pak oteh macamlah dia ada kat sini."

"Manalah nak tahu kot-kot pak oteh boleh dengar." Buat lawak pula dia.

"Laki kau dah mengidam balik lah tu." Usik mak. Dia dan Nadiah ketawa kecil.

"Nasiblah mak. Dapat laki yang mengidam time bini mengandung. Haha..." dia ketawa lagi bersama mak.

"Apa yang digelakkanya tu?" tanya Hadzril pelik. Boleh pula dua-dua beranak ni berbisik-bisik lepas tu gelak beramai-ramai.

"Tak ada apa-apalah." Balas mak. Penuh rahsia!

"Tu nak berahsia lagi lah tu dengan menantu tersayang." Usik Hadzril. Dia senang hati melihat kemesraan menantu dan mertua itu. Hidupnya juga yang senang.

"Meh sini pisang tuh. Mak nak tolong bukak. Nak makan mentah-mentah ke Hadzril?"

"Ikut maklah. Janji Hadzril dapat makan sudah. Tak tahan dah ni mengidam. Terliur aje tengok. " Nadiah menampar lengan suaminya. Mak sudah berlalu ke dapur.

"Ni apa ni main tampar-tampar orang pula ni?" marah sayang-sayang Hadzril kepada isterinya.

"Alah itu pun tak boleh. Malaslah bergurau dengan dia lagi." Rajuk manjanya sudah mula. Hadzril tertawa melihat kelakuan isterinya. Manja betul.

"Merajuk pulak dia. Meh sini abang peluk." Tangannya didepa untuk mendakap Nadiah. Cepat-cepat Nadiah menolak.

"Mengada betul abang ni. Tak malu ke orang tengok. Sudahlah kita dekat depan rumah ni.Depan pintu pulak tuh. Lainlah kalau dalam bilik." Jelingan manja diberikan kepada isterinya. Hadzril ketawa senang hati.

"Alah, apa orang nak sibuk. Kenapa pulak kalau dalam bilik? Hahaha...Kita kan dah suami isteri. Isteri yang dicintai. Yang sah pulak tu. Tak lama lagi bakal jadi mama dengan papa." Hadzril tersenyum buat entah yang keberapa kalinya.

Nadiah mula menguntum senyuman sambil tersipu-sipu malu. Berbunga kembang dalam hati.

"Meh sini nak cium sikit pipi tu." Hadzril dah mula menggatal. Kalau dia menggatal memang tak kira tempat.

Entah kenapa Nadiah merelakan saja perlakuan suaminya itu. Menitis air matanya tatkala ciuman hangat diberikan oleh Hadzril. "Kau peliharalah rumahtangga kami YA ALLAH....Aku hanya mahu kau Nadiah." ucap Hadzril dalam hati. Bunga-bunga cinta mekar dengan suburnya.....

*************************the end*****************************


2 comments:

  1. best cite ni.
    thumbs up!!!!

    ReplyDelete
  2. siti: terima kasih...teruskan membaca, I-Allah saya akan perahkan lagi otak..thx support... :D

    ReplyDelete