Wednesday, May 11, 2011

Bab 5

Peluh yang menitik hujung sideburn, diseka. Cuaca agak panas, tapi tidak sepanas di Kedah. Tengah malam pun masih panas. Kalau tidak, pasti tidak berbaju. Terjadilah kejadian yang sangat seksi! Gorgeous!

Dia mengheret beg itu. Tiba-tiba dia rasa nak pitam! Tak tahu arah tuju! Hah! Sudah! Mahu ke mana? Kemudian Along mengheret begnya ke tempat duduk yang disediakan. Dia mengeluh! Medulla Oblongatanya, err, otaknya mengerah memikirkan sesuatu idea.

Tiba-tiba matanya menatap, satu susuk tubuh yang dikenalinya. Rasa gembira berbunga dihatinya, namun seketika. Nak ke dia tolong aku? Ah, cubalah dulu! Better try then never! Erk! Apa punya ayat daa..

Kaki menyepak-nyepak batu dihadapan. Tangan bemain-main dengan hujung jari. Dia mati kutu! Nak tanya ke tidak? Soalan itu masih berlegar difikirannya. Mulut dah terherot sini, terherot sana. Dah macam pelakon Bewitched. Bezanya ini versi Malaysia dan tidak punya kuasa sakti yang tiba tiba boleh buat sesuatu luar biasa. Ayat skema gitu!

Dia dihujung kaunter, Minah biru laut itu pula dihujung sana. Tapi tidaklah jauhnya. Kalau kentut, bau jugalah sampai ke Minah biru laut itu. Kentut??!! Hurm! Sekarang Along rasa nak meng’hangin’kan diri dia. HAHA!! Berdekah dekah hati dia ketawa! Nasib tidak ketawa secara live. Mahu buat jahatlah katakan. Setan gila kuasa sudah menguasai diri dia! Setan terbaik dari ladang!

“Siap kau minah hoiii…” meleret leret suaranya menderam. Gaya sudah seperti pelakon Sinetron Indon. Menjadi-jadi jahatnya. Jahatnya tiada sudah, tapi tetap nak tengok cerita dia.

Dengan kadar minyak tol segera, dia membelek beg sandangnya. Berbunyi macam-macam dalam begnya. Bunyi plastik, bunyi barang keras bin aluminium berdentum dentam berlaga-laga. Apak jugalah yang dia usung ke KL. Nak berniaga ke?

AKhirnya barang yang dia cari sejak 15 saat yang lalu, jumpa juga! Dia tersengih jahat! Senyum macam Rika Sumanto dalam cerita Bawang Putih Bawang Merah! Auuuwww gitu! Tapi ganas! Ahakz! Diletak beg sandang kembali disebelahnya. Dia bergerak dari satu kerusi ke satu kerusi. Namun, dia hanya perlu menunggu satu peluang keemasan! Peluang itu sukar untuk dicari! Walaupun ketika di dalam tandas. Err, apa kena mengena??

Dan sudah dapat peluang itu ketika Minah biru laut itu bangun meninggalkan bagasi bagasi hodohnya itu, dan berlalu pergi ke seberang jalan untuk membeli minuman dan apakebenda lagi entah. Pada ketika itulah, Along cepat-cepat meletakkan barang yang mampu membuatkan dia ketawa terbahak-bahak di stesen bas itu. Tanpa mempedulikan orang lain. Itulah Along! Main bantai gelak saja! Tidak kira kat mana pun. Dia kembali perlahan-lahan menuju ke kerusinya. Pada pandangannya dia berasa pelik, kenapa minah tu, boleh tidak terperasankan dia yang hanya selang berbelas-belas buah kerusin itu. Tak cukup handsome lagikah aku? Terdetik hati Along. Diangkat bahu, tanda tidak dapat menjawab persoalan sendiri. Mahu saja dia menjerit dari jauh! Tapi dia masih kelihatan tidak sengal untuk berbuat demikian. Bajet cool lah tu!

Matanya asyik memerhatikan si Minah biru laut tuh. Comel juga! Dan paling penting, ganas juga! Mau melenting dia dengan minah kerek tu. Tidak tahu mengapa, dia suka betul untuk melakukan sesuatu yang menarik perhatian minah tuh. Cinta? Yeah! Cinta monyet. Haha. Gelaknya dalam hati. Minah itu sudah berpusing sambil memegang sebotol air oren dan seplastik jambu. Prap! Prap! Mulut mengunyah. Berselera betul! Along pula yang terasa lapar. Berbunyi sudah perutnya mendendangkan lagu rock kapak! Terketar ketar gigi dia mengikut rentak rock kapak dari perutnya. Macam kena sawan pun ada.

Minah itu kembali ke tempatnya. Khusyuk betul dengan makan itu, sampai tidak perasankan benda disekeliling. Agaknya kalau budak terjerit jerit disebelah pun dia masih boleh tuli. Huhu! Macam mana tuh? Nak juga Along tiru. Diusha jambu dengan rakus. Mata pun dah semacam saja julingnya Along tengok. Agaknya dah berkurun kot tak makan jambu? Terangkat kening Along.

Perlahan-lahan minah tu duduk, namun tiada apa yang berlaku. Eh, kenapa tak berbunyi? Soal hati Along. Dia yang sedang berdiri berpeluk tubuh. Tangan mengusap usap janggut yang hanya ada 2 3 jemput tuh. Lagak macam orang tua sedang tengok minah dara berdangdut. Tidak larat untuk berdiri, dia duduk akan tetapi….proottt…!!!

Along dah macam asam kecut. Semua mata yang berdekatan dengannya sudah memandang dia. Sambil tersengih! Dia dah termengkalan. Manusia yang dari jauh juga mencari siapa punya kerja tetapi tidak menjumpai siapa. Minah biru laut tuh dah bantai gelak kat situ. Along rasa macam nak lempar minah tu kat KLCC tapi jauh sangat kot! Apa yang berlaku? Along terduduk atas barang yang dia letak dikerusi minah tu??? Tapi macam mana benda itu boleh sampai ke kerusi dia??!!! Along dah jadi pink! Malu tidak terkata. Direnung minah tuh dengan renungan tajam. Siapa buat bunyi lagi. Roaarrr…!!

“Padan muka! Siapa suruh kau kacau kawan aku??!!” terdesis satu suara di tepi telinga kiri Along. Segera ditoleh.

No comments:

Post a Comment