Wednesday, May 11, 2011

Bab 2

Mata Along terpaku pada seorang pak cik yang berambut alfro. Hidungnya kembang kempis. Ada orang puji dia ke, yang kembang sampai macam itu sekali. Sekali pandang macam tertelan sebiji durian belanda. Bajunya berwarna hijau kekuningan sedikit berpeluh. Dalam bas yang sejuk nak mampus pun boleh berpeluh lagi? Pelik betul! Macam ada yang tak kena!

Masing-masing masih lagi cuba menahan ledakan bom penyenyap sebentar tadi. Entah kenapa Along rasa macam pak cik alfro tu yang buang 'sisa'nya. Mana taknya, siap buat muka macam nak kena hukuman sebat! Siap cover mulut dengan tangan lagi. Macam menahan gelak. Tiba-tiba bas berhenti ditepi jalan. Setelah bas berhenti, pemandu bas memusingkan tubuhnya. Dia cakap. "Siapa yang meledakkan bom kimia dalam bas ni?"

Sedikit berubah muka pak cik itu. Sah! Along rasa pak cik tu. Mukanya berubah macamlah pemandu itu tala tuduhan padanya. Meliar merata mata pemandu itu mencari wajah-wajah yang bersalah. Macam nak beri hukuman mandotari. Pemandu itu memusingkan tubuhnya lalu menekan sesuatu. Pintu bas terbuka. Dasyat juga aroma 'itu'. Sampai bas terpaksa berhenti lalu membuka pintu. Belum pernah dibuat mana-mana bas yang Along naik. Serius! Belum pernah!

Terasa sedikit hilang bau masakan ber'hangin' itu. Dada yang terasa sesak sedikit mengendur. Sebentar tadi macam kena asthma tahap kritikal, kini semakin berkurang. Kena 'antibiotik' sikit, baru terasa lega sedikit. Eh, ada ke antibiotik dalam perskripsi untuk sakit asthma? Pelik!

"Kalau ya pun nak buang, janganlah buang dalam tempat yang tertutup macam bas ni hah?! Buang siap-siap kat rumah. Buat sesak dada aje. Macam kena hempap dengan sekotak tin sardin."

Tin sardin? Apa punya kronologilah!

Tapi, betul juga apa yang pemandu tu cakap. Lepas siap-siaplah kat rumah atau tempat lain, selain dari bas! Buat kurang oksigen saja.

"Bau apa ni?" tetiba aje budak perempuan sebelah Along bersuara. Aik? Hidung dia ni jenama apa ye? Lambatnya hantar mesej ke otak. ALong memusing ke sebelah kirinya. Pandangan mereka bertaut. Wow! Cantik juga mata dia. Ah, sudah! Jangan nak mengarut.

"Agak-agak?" selamba Along menutur. Entah idea mana nak keluarkan ayat ala-ala 'mengurat'. Pelesit betul!

"Manalah nak tahu." Dia balas. Masih dengan muka selamba cicak dia. Macam malas nak bercakap saja minah ni. Makan tak lagi ni? Mahu saja Along melontar ayat sebegitu. Tapi, kesian pula. Dibuatnya minah itu betul-betul tak makan, tak ke naya Along nak kena belanja nanti.

"Bau kentut!"

"Eh, yeke? Siapa yang lepaskan? Awak?" masih dengan muka seposennya. Along mula nak naik 'hangin'. Ada ke patut dia yang kentut? Hish, tak senonoh betul. Along rasa nak bantai saja minah ini dengan telefon bimbit yang digenggamnya. Namun, melihat wajah polos serta seposen minah itu, dia tidak jadi berbuat demikian. Menangis nanti siapa nak pujuk? Along? Huh! Jangan harap!

"Bukan sayalah. Manalah saya nak tahu. Ke awak yang kentut?" tuduh Along pula. Sengaja dia berkata sedemikian. Minah bertudung biru laut itu menatap mata Along.

"Kenapa pula saya? Saya mana ada buang angin tau. Saya tak pandai nak buang dalam bas tau."

Ada juga ke orang yang pandai bajet untuk tak buang angin di dalam bas? Musykil betul!

"Awak yang mula tuduh saya. Padahal bukan saya buat. Saya tuduhlah awak balik." Selamba pula Along membalas. Dijeling minah biru laut sebelahnya. Minah itu pula maintain buat muka tak bersalah.

"Nak cari gaduh ke?" tanya lembut minah itu. Along sedikit tersentak dengan pertanyaan minah biru laut itu. Gaya macam samseng merayu untuk bergaduh. Tapi, dalam kes ini, samsengnya seorang minah. Minah biru laut! Sengal betul!

"Nak cari gaduh? Boleh aje." Balas Along. Masih dengan nada perlahan. Senyap saja minah biru laut. Dah bisu ke? Soal hati Along. Minah itu macam dengar tak dengar. Tidak lama kemudian, Along rasa nak menjerit. Kakinya...kakinya...

Dipijak! Oleh minah biru laut tu! Kejam betul. Minah itu pijak dengan tumit kasut tinggi. Tajam siot! Berkerut-kerut muka Along menahan sakit. Seminit berlalu. Baru minah itu mengangkat kakinya. Along menderam. Tahan sakit! Kurang asam punya minah!

Hendak menjerit? Nanti orang kata gila pula menjerit tiba-tiba. Diri Along sudah keluar aura hendak membunuh. Seseorang...tolong tahan.

Along memandang wajah selamba minah biru laut itu. Memandang luar tingkap tapi kakinya memijak kaki Along. Along menggenggam penumbuk. Menahan diri dari membelasah minah sebelahnya. Tak apa. Nanti hari aku balas. Harap-harap kita bertemu lagi. Kalau bertemu, siaplah kau, bisik hati Along. Bas mula bergerak, semula.

No comments:

Post a Comment