Wednesday, May 11, 2011

Bab 1


Along memulakan perjalanan dengan bismillah. Setapak demi setapak kaki Along melangkah dengan penuh bergaya-rambut botak-masih terlekat sisa buangan rambut dikepala. Along telah dipaksa! Serius! Along dipaksa. Oleh mak Along sendiri.

Mak ugut Along. Katanya-kalau hang tak gunting rambut, alamatnya tata tutulah pesta buku hang tu-. Glup! Along termengakalan. Nak melawan pun, mak sendiri. Tapi apakandaya, terpaksa 'berkorban' jua. Rasa sedih nak tinggalkan rambut puntianak ni. huhu...

Tapi, apakandaya kerana nak mencari awekssss....amboi panjangnya 's'. hehe...gurau saja! Kerana nak mencari pengalaman dan nak duit-tentunya- Along terpaksa buat pengorbanan yang besar. Tidak! Jerit hati Along disaat mesin 'pengganas' rambut menyapa rambutnya. Along melihat mamat yang gunting rambutnya tu. Mata Along seperti melihat dia tersenyum. Rasa nak sepak-sepak aje mamat tu. Mata Along ternampak dia seperti budak jahat yang ketawa jahat. Larh. dah namanya pun jahat. Pelik tul! Rasa nak sekeh-sekeh kepala mamat itu hampir menguasai diri Along. Hampir-hampir saja dia bangun lalu menyerbu dengan deruan bantaian serta tumbukan bertalu pada mamat itu. Tapi, kerlingan mata si singa utara membuatkan dia kaku tanpa bergerak. Bunyi mesin menderam menggigit-gigit rambutnya kedengaran. Hatinya juga tergigit.

"Woi! Apa yang dimenungkan tu? Cepatlah Castello naik. Nanti tertinggal pula." Jerit bapa konduktor yang berpakaian ala-ala nak pergi membunuh serigala jadian. Along terkejut dari lamuan. Dia berhenti ditengah-tengah jalan. Mak ai! Nak membunuh diri namanya tuh! Tersengih-sengih dia disitu lalu memulakan langkah yang terbantut.

Castello? Ada ke patut dia panggil aku Castello? Ada juga yang jadi arwah ni. Getus hatinya.

Abah kat belakang tahan gelak. Mak dihujung jalan sana, yang sedang sembunyikan senyumannya, memandang ke arah lain. Ini dia orang punya pasallah. Habis rambut Along 'digugurkan' bagai bom yang meledakkan Hiroshima dan Nagasaki. Hatinya sama naik panas dengan matahari yang terik.

"Nasibla." Mak kata perlahan dicuping telinga aku. Rasa nak pitam dengar mak kata macam itu. Adoi! Kena sebijik.

"Sudah! Naik bas sekarang. Nanti tertinggal pula. Kirim salam pada mak teh dan pak teh kamu. Jangan lupa solat. Kalau mak tahu, hang tinggal solat, balik nanti ada 'kejutan' besar punya." Along telan air liur yang kelat. Tahu sangat dengan perangai maknya yang mengotakan janji. Glup! Janganlah!

Dalam bas. Along bagai nyawa-nyawa cekadak! Cekadak yang menghitung hari, detik, waktu, dan masa! Begitulah Along. Tinggal tak putus urat halkum dan merikh lagi. Rasa macam nak lompat keluar dari bas itu. Muka masing-masing dah macam tertelan mengkudu manis. Terlalu manis. Minah sebelah aku ni buat selamba derk aje.

Ada ke tak perasaan dia ni? Macam Stone Hedge. Selamba semacam. Along rasa macam nak tanya. 'Cik adik manis eh apasal macam keling aje ni? Tukar tune. Awak ada perasaan ke tak ni?'. Dibuatnya dia menjawab-'Suka hati sayalah'. Nanti Along termalu sendiri pula. Baik dia senyap. Meskipun dia dah gatal mulut nak keluar suara. Ditahan jua.

Seisi bas itu sudah rasa mahu muntah. Tak tahan! Mana tahan! Bau kentut! Siapa tahan? Lainlah kalau tuan punya kentut. Ke sama naik dengan geng-geng buat muka siapa macam Adolf Hitler. Buat-buat macam dia tak buang. Diperhatikan satu persatu suspek yang mungkin membuang gas yang tiada berguna selain menyesakkan dada.

Teruk betul! Kalau dia dapat siapa yang sesuka hati melempar jauh-jauh 'hangin'nya, teruk habuan yang dia dapat. Sudahlah dalam bas. Tempat berhawa dingin pula. Memang nahas!

No comments:

Post a Comment